20.6.07


Ku Hulurkan Tangan Tanda Terjalin Persahabatan


Cendekiawan Islam yang terkenal, Imam Shafie berkata,


"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.


Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.


Ku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana kau akan merasa senang. Semakin banyak aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri."


Sahabat di waktu susah


"Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal, hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya, "siapakah yang sudi menjadi sahabatku?


Di kala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan."


Asingkan diri


"Bila tidak ku temukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspada selalu."


Sahabat sejati


"Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.


Sepanjang hidupku, aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakan ku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia."

2 comments:

Latiptalib said...

Benar seperti kata-kata Imam Syafie, sukar mencari sahabat sejati.

saridahamid said...

Dahulu saya mempunyai sahabat sejati, suka dan duka kami bersama, tetapi selepas berkahwin, tetap sebagai sahabat dan kini yang menjadi sahabat sejati adalah suami saya...