6.5.07

Mencari buku ( sambungan...)

Apabila saya duduk menemani Pn. Ainin Naufal, Pn Ezee Rahmani dan Pak Latip, saya ditegur oleh Pn. Ezee kerana seperti berjanji dengan Pn. Ainin kerana baju berwarna sedondon. Saya baru sedar dan kami ketawa. ( Semalam sedondon warna tudung dengan Pn. Ezee, dan kini pula warna baju sedondon dengan Pn. Ainin, itu dinamakan ada keserasian jiwa dan cita rasa...hehehe...entah betul, entah tidak! orang kata ada chemistry entahlah saya bukannya aliran sains..tidak tahulah istilah sains!).

Sesekali sekala berkumpul dengan sahabat penulis yang lain dapatlah bertukar fikiran. Terutamanya dengan Pak Latip, orang lama dalam dunia penulisan. Bukan senang hendak jumpa beliau yang datang dari Jelebu dan buku beliau juga boleh tahan sambutannya. Saya tabik (pakai ayat En. Faris...dengan izin) Pak Latip dapat menghasilkan novel pahlawan Islam dalam serentak sekali, empat buah terus terbit. Aduh! bilalah saya hendak menghasilkan seperti itu? Cabaran! Cabaran! Itulah dia, diam-diam ubi berisi! Jangan jadi macam ayam, telur sebiji riuh sekampung, itupun belum tentu telurnya menjadi anak ayam! Sesetengah orang, gendang sudah dipalu seluruh alam, tetapi tiada yang hendak menari (betulkah pepatah ini...). Buku-buku Pak Latip seperti Salahuddin, Khalid al-Walid, Tariq dan Ikramah sudah saya miliki....(cuma Ikramah belum kerana dia keluar lambat sikit).

Buku-buku seperti ini memerlukan kajian dan kesabaran yang tinggi. Bukan mudah hendak mengumpul maklumat yang boleh menguatkan lagi penulisan kita. Tidak semua orang suka berbuat demikian. Dan bukan semua orang mempunyai bakat ke arah itu. Oleh itu, janganlah kita memperkecilkan hasil tulisan seseorang yang sudah bertungkus lumus bagaikan berjuang di medan peperangan. Mengumpul segala kekuatan bagi memastikan kejayaan di medan perang.

Oleh itu, para penulis jangan malu-malu hendak bertegur sapa dengan orang yang lebih senior dari kita. Inilah masanya mengorek ilmu dan pengalaman dari mereka. Sekiranya hendak menjadi seorang penulis yang matang dan berjaya, janganlah menyombong diri (ini peringatan bagi diri saya juga) dan berlagak pandai kerana ada yang lebih pandai dan berpengalaman dari kita.

Menjadi penulis juga harus banyak membaca, membeli buku (jangan kedekut!) serta banyak buat rujukan. Itulah perkara asas yang perlu dijadikan sebagai pegangan bagi seorang yang hendak bergelar penulis (minta maaflah...macam ceramah pula!). Kalau boleh penulis itu menjadi serba tahu (macam prof. serba tahulah! tapi bukan prof. penyibuk tepi kain orang lain!).

Dalam sibuk-sibuk berbual, kelihatan Menteri Penerangan menyinggah di booth PTS dalam sekelip mata (sebab beliau tidak membeli pun) dengan diiringi beberapa jawatankuasa pesta buku. Pada sebelah petang, kelihatan Ustazah Nabilah sedang mempromosi bukunya yang bertajuk, "Ibu, benarkah Tuhan itu ada?" (kalau tidak silap saya). Buku itu elok dimiliki kerana bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang keletah dan suka bertanya yang kreatif, belilah buku ini supaya kita tidak tergagap-gagap hendak menjawab!

Saya tidak berada lama di booth PTS, dalam pukul 5.30 saya mengambil keputusan hendak balik kerana ada urusan lain. Tunggu laporan pesta buku pada hari terakhir. Sabarlah yeh!

2 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum,

Semalam dapat berjumpa dan berbual-bual dengan suami Saridah. Saya kata kepadanya Saridah ada bakat jadi penulis beri dia galakan dan sokongan.

Suami Saridah kata dia tetap memberi galakan dan sokongan. Contoh suami yang baik.

Kerana itu Saridah mesti lipat gandakan usaha untuk menghasilkan karya. Memang sukar dan banyak cabarannya tetapi segalanya akan mengembirakan apabila melihat novel kita diterbitkan.

Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebenarnya saya juga sedang menasihatkan diri saya.

Unknown said...

Kulihat hijaaaaaauuuuuu! hehehe...