15.5.07


Membuka kitab lama


Hari ini adalah hari memulangkan buku yang dipinjam dari Perpustakaan Negara. Bagi memanfaatkan kad pinjaman buku yang boleh meminjam sebanyak 3 buku, saya tidak melepaskan peluang memilih buku lain. Kali ini saya teringin hendak membaca dan menyemak dunia yang sudah lama saya tinggalkan iaitu dunia penulisan sastera. Saya bertanyakan kepada petugas di bahagian manakah buku-buku sastera diletakkan. Tanpa rasa susah, mudahlah sahaja saya menjejaki rak yang menempatkan buku-buku sastera.


Saya begitu teruja apabila melihat begitu banyak karya sastera yang tersusun rapi dan kemas di atas rak buku. Sebuah demi sebuah buku diambil dan diselak. Teringin hendak membaca karya sasterawan negara. Memandangkan, suami menemankan, beliau juga turut sama-sama memilih tajuk buku untuk saya walaupun beliau bukanlah dari aliran sastera. Namun begitu, nama-nama besar sasterawan beliau mengenalinya.


Akhirnya saya jumpa buku-buku tersebut dan meminjam sebanyak 6 buah buku. Jangan terperanjat pula...ini kerana suami saya juga menjadi ahli perpustakaan negara, jadi kami boleh pinjam sebanyak itu. Dalam hati berkata, "Entah bilalah pula aku hendak membacanya! Alamak dalam bulan ini otak saya akan terisi dengan maklumat sastera belaka....hehehe! kiranya itu dikatakan 'membasuh minda supaya jadi sasterawan pula!' Lagipun saya mempunyai strategi tersendiri mengapa saya hendak 'sasterakan otak' ini. Tunggu! Tidak boleh beritahu....biarlah rahsia!


Tidak semua orang suka sastera, apakah itu betul? Mengapakah tanggapan itu sedemikian? Apakah 'sastera' itu sesuatu yang menyusahkan otak hendak berfikir? Sedangkan kita ini penuh dengan budaya dan adat. Adakah sastera, budaya dan adat itu serasi atau seiring sejalan? Perlukah ada nilai sastera dalam penulisan? Apakah yang dikatakan sastera Islam? Benarkah sastera Islam sudah wujud sekian lama dahulu di zaman Nabi Muhammad (s.a..)? Dan? Dan? Dan?


Banyak pula persoalan yang saya timbulkan. Oleh itu, perlulah saya buka kitab lama saya bagi mencari jawapan kepada persoalan yang saya sendirii timbulkan...(gelak dalam hati....hehehe!)


4 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai Puan Saridah. Saya dan keluarga pula baru mendaftar sebagai ahli perpustakaan negeri Selangor. Al maklumlah nak memulakan aktiviti baru.

saridahamid said...

Salam hormat juga untuk Abang Long,

Bagus itu! Itu satu tindakan yang tepat. Galakkan isi keluarga membaca. Pinjam saja di perpustakaan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ilmu itu mudah dicari tapi kita sahaja yang malas ( termasuklah diri saya ini...heheheh)

lagi lagi fiqir said...

Salam kenal dari org jauh, saya nie tak jadi mana2 ahlipun perpustakaanpun, sbab masa pustakaan bukak saya keja, masa saya cuti dia oghang pun cuti, abih camna

saridahamid said...

Saudara lagi lagi fiqir,

Perpustakaan Negara pada hari Sabtu dan Ahad dibuka kecuali pada hari Isnin dan Cuti Umum.

Tiada alasan untuk tidak pergi!