30.4.07

Pesta Buku di PWTC (29.04.2007)

Hari ketiga di Pesta Buku Antarabangsa KL, saya membawa anak saudara yang tidak pernah berkunjung ke pesta buku apatah lagi menjejakkan kakinya ke bangunan PWTC (menjadi pemandu pelancong yang tidak bertauliah kepada mereka). Awal pagi pengunjung tidak berapa ramai. Namun begitu, meningkat waktu tengahari. pengunjung melaut memenuhi ruang legar bawah dan atas. Bagaikan laluan trafik semakin sesak semasa hendak balik kampung.

Saya ke sana bagi memenuhi hasrat anak saudara, hendak bertemu dengan sahabat blog yang baru dan juga duduk di gerai PTS bagi mempromosi buku saya. Masya Allah, gerai PTS bergegar mungkin sampai ke malam, apabila para pengunjung mengerumuni gerai bagaikan besi berani (magnet). Saya duduk bersama dengan penulis PTS One, Sdr. Majidah, Puan Kushi Hirdan dan juga Puan Ezee Rahmani.

Sempatlah mengambil beberapa keping gambar, tetapi tidak berapa cantik( tangan gementar apabila melihat ramai pengunjung) dan gambar tidak berfokus, (hanya petik sahaja). Begitu juga bertemu dengan sahabat blog baru, Abang Long dan juga Pok Cik Mersik. Bergambar Abang Long sahaja tetapi Pok Cik Mersik tidak pula sebabnya beliau menjadi juru kamera. Sempat berbual ala kadar hanya pembuka bicara berkenalan secara ringkas.

Saya sempat juga memperkenal Puan. Ez kepada mereka berdua. Aduh! pertemuan macam jejak sahabat sahaja (jangan marah abang long dan pok cik) sempat berkirim salam kepada Zalisa (harap beliau baca blog saya ini).

Semasa hendak pulang, saya bertembung pula dengan penulis Ayat-ayat Cinta. Apa lagi ambil kesempatan bergambar dengannya tetapi kenalah beli bukunya dahulu. ( bagi mendapatkan tandatangannya saya belilah bukunya .Sebenarnya saya sudah baca buku itu tetapi pinjam dari sahabat (senyum...masa itu budget terhad!) Alahai! orangnya gantang dan tidak sempat berbual disebabkan gerai buku itu berhadapan dengan gerai PTS yang sesak tanpa kawalan itu. Kalau hendak berbual pun, rasa-rasanya kena pakai mikrofon (bising bangat!) Tetapi terdengar juga dia bercakap bahasa Arab dengan orang lain (terlopong dibuatnya - buta arablah katakan)

Saya lihat buku yang di sain, jangan marah beliau tulis "SALAM CINTA". Aduh! Gegar rasanya jantungku ini! (Acah sahaja!)

Untuk pengetahuan sahabat semua, saya akan berada di sana pada 1 Mei, 2 Mei dan 5 Mei. Datanglah bagi memberi sokongan kepada industri buku tempatan.

5 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Saridah, Terima kasih daun keladi kerana sudi bercerita suasana di Pesta Buku...

Tetapi, gambarnya saya tidak dapat lihat...mungkin ada masalah sebelah saya ini...

Semoga semuanya beroleh rezeki
dari Allah..PTS dan seluruh warganya dalam usaha memberi ilmu bermanfaat kepada masyarakat...Amin..

Wasalam

Mak Lang Aja said...

Assalamualaikum,
Yang mana gambar dengan penulis Ayat-ayat Cinta tu?
Seronok baca cerita ni. Malang sekali saya tak dapat ke sana tahun ini.
Tolong sampaikan salam saya kepada sesiapa yang kenal bila ke sana lagi. Terima kasih.

Siti Hajar

Abang Long said...

ada yang nak pinjam dua buah buku yang saya beli, saya kata "lebih baik awak beli, sebab boleh disimpan terus jadi koleksi peribadi yang berharga, lagipun bukannya mahal, lagipun sport rim yang awak beli tu jauh lebih mahal, tapi kalau awak nak, sayang boleh tolong belikan". hehehe .. abang long bukannya kedekut, tapi inilah masyarakat malaysia. Nak keluarkan duit beli buku pun susah sangat.

saridahamid said...

Mualaikumussalam Prof. mungkin juga prof tidak boleh lihat gambar, tetapi di sini baik sahaja. Moga Allah kabulkan doa prof. Amin.

Sdr. Siti, penulis Ayat-ayat Cinta yang saya pakai songkok dan bercermin mata yang saya sedang berdiri di sebelahnya.

Terima kasih Abang Long kerana memberi sokongan dan semangat. Semangat saya semakin naik. Tunggukan buku saya yang ketiga mengenai 10 sahabat Nabi Muhammad yang dijamin masuk syurga.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Saridah,

Ada kemungkinan boleh tolong hantar gambar-gambar itu ke email saya

umikalth@yahoo.co.uk

atau

umi_kalth@yahoo.com

Terima kasih,

Wasalam...