
19.3.09
18.3.09
17.3.09
Young Aisyah Siri Ke 3
Akhirnya, aku dapat juga menyiapkan manuskrip ke 3 siri Young Aisyah dalam masa seminggu. Alhamdulillah. Tempoh yang sungguh mencabar. Diberi tugas saat terakhir. Sepatutnya aku tidak terlibat dalam siri ke 3 tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, editor meminta aku menulisnya.
Untuk membina mood menulis dalam masa yang terdesak amat payah. Tetapi aku menganggap itu sebagai satu cabaran. Kerana selama ini pun aku memang suka buat kerja di saat-saat terakhir.(Jangan ada yang mencontohi, satu teladan yang tidak baik). Tetapi itulah aku, sudah terbiasa sejak menjadi wartawan dahulu dan juga semasa sedang belajar. Namun alhamdulillah, kadang-kadang kerja di saat terdesak itu menghasilkan sesuatu yang baik. Dan aku mengharapkan hasilnya berkualiti.
Tidak sangka pula, tahun ini tiga siri Young Aisyah akan mewarnai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 nanti. Harap-harap para pembaca terutama adik-adik yang minat membaca dapat memberi sokongan yang baik. Hanya pada-Nya aku berserah!
3.3.09
24.2.09

Undangan Menjadi Panel dalam Bicara Penulis di PNM
Pada suatu petang, saya mendapat panggilan telefon dari Cik Siti Nor Fadilah, salah seorang staff pemasaran dari PTS. Bertanyakan kepada saya, bolehkah saya hadir dalam satu dialog anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Hati saya berdebar, adakah saya boleh hadir kerana saya mempunyai tanggungjawab yang lain. Saya meminta beberapa minit untuk memberi persetujuan. Akhirnya, Allah permudahkan, masalah yang saya hadapi dapat di atasi. Setelah memberi kata setuju, saya masih kabur program apakah yang meminta saya jadi panel. Apakah yang perlu diperkatakan?
Sebelum ini saya pernah diundang oleh Perpustakaan Awam Selangor membicarakan tentang buku kegemaran, tetapi kini tentang apa. Saya minta Cik Fadilah menghantar maklumat yang berkaitan dengan program yang bakal saya hadiri pada 28 Februari, iaitu pada hari Sabtu ini. Jumaat yang lalu, saya terima panggilan dari Cik Rozlinah dari PNM. Dia ingin memastikan kehadiran saya dan menyatakan akan mengirimkan segala maklumat pada hari Isnin.
Rupa-rupanya, saya salah seorang panel mewakili penulis Melayu. Sementara dua penulis yang lain mewakili bangsa India dan Cina. Program itu sempena jualan murah bersama MPH yang bermula dari 27 Februari hingga 1 Mac. Program yang dikenali sebagai Program Bicara Penulis:Eksporasi Minda Penulis. Antara yang panel lain ialah Saudara Unthaya Shankar SB dan Saudara Lee Yow Chuan.
Cik Rozlinah memaklumkan bahawa audien yang hadir adalah terdiri dari kakitangan PNM dan juga pelajar UiTM. Emm...rasa gementar pun ada. Inilah kali kedua menjadi panel. Harap-harap keluar idea hendak bercakap seperti mana keluarnya idea apabila menulis. Semoga Allah permudahkan urusan hambanya yang lemah ini.
9.2.09
Hari-hari yang lelah
Sudah lama tidak menulis di sini. Hanya alasan yang hendak diberi adalah kesibukan harian yang tidak mengizinkan. Perlu menyiapkan sesuatu di samping tanggungjawab yang bertambah. Hanya mampu melihatnya sejenak blog ini tanpa tidak berupaya untuk memasukkan cerita baru. Banyak ujian yang melanda diri ini, tapi hanya ujian kecil tidak seperti masyarakat Palestin yang menghadapi ujian sebenar perjuangan hidup.
Ah! Lemah sungguh diri ini. Aku hanya menerima secebis ujian yang aku sendiri tergugah dalam mengatasinya. Hati ini sebenarnya tersentuh dengan peristiwa Gaza...tetapi aku tidak mampu untuk mengungkapkannya dengan tulisan. Kerana aku tidak layak untuk mengulas apa-apa. Hanya doa dan airmata ini ada tertumpah apabila melihat insan-insan tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia bertopengkan binatang....rasanya lebih teruk dari binatang mungkin berwajahkan syaitan...zionis laknatullah itu!
Dalam fikiran ini, banyak yang hendak dikongsi bersama. Tetapi entahlah....waktu semakin cemburu. Jika ada masa terluang, hanya diisikan dengan menulis untuk menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Kini, hati rasa lega setelah manuskrip kedua untuk siri Young Aisyah, baru sahaja disiapkan. Itupun dengan nafas yang semput dan lelah. Namun alhamdulillah, dengan tenaga yang masih tersisa ini manuskrip itu dapat disiapkan juga meskipun sudah tersasar tarikh luputnya.
Kini, aku perlu perjuanganku melalui tulisan ini dengan berusaha sedaya upaya menyiapkan manuskrip Surah-surah Rindu 2 pula. Aduh! rasanya perit sekali. Ingin menyambung yang terputus suatu yang payah. Moga-moga Allah memberikan aku kekuatan dan semangat baru untuk aku terus berkarya.
Esok, jika diizinkn Allah, insya-Allah aku akan menghadiri suatu perjumpaan penting. Yang berkait dengan dunia penulisan juga. Harap-haraplah aku dapat memberikan sumbangan dalam perbincangan itu kerana sudah lama juga aku tidak berdiskusi dengan sesiapa. Terperam dalam dunia sendiri, otak pun ada kalanya terasa kosong. Moga ilham datang menjelma.
Sudah lama tidak menulis di sini. Hanya alasan yang hendak diberi adalah kesibukan harian yang tidak mengizinkan. Perlu menyiapkan sesuatu di samping tanggungjawab yang bertambah. Hanya mampu melihatnya sejenak blog ini tanpa tidak berupaya untuk memasukkan cerita baru. Banyak ujian yang melanda diri ini, tapi hanya ujian kecil tidak seperti masyarakat Palestin yang menghadapi ujian sebenar perjuangan hidup.
Ah! Lemah sungguh diri ini. Aku hanya menerima secebis ujian yang aku sendiri tergugah dalam mengatasinya. Hati ini sebenarnya tersentuh dengan peristiwa Gaza...tetapi aku tidak mampu untuk mengungkapkannya dengan tulisan. Kerana aku tidak layak untuk mengulas apa-apa. Hanya doa dan airmata ini ada tertumpah apabila melihat insan-insan tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia bertopengkan binatang....rasanya lebih teruk dari binatang mungkin berwajahkan syaitan...zionis laknatullah itu!
Dalam fikiran ini, banyak yang hendak dikongsi bersama. Tetapi entahlah....waktu semakin cemburu. Jika ada masa terluang, hanya diisikan dengan menulis untuk menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Kini, hati rasa lega setelah manuskrip kedua untuk siri Young Aisyah, baru sahaja disiapkan. Itupun dengan nafas yang semput dan lelah. Namun alhamdulillah, dengan tenaga yang masih tersisa ini manuskrip itu dapat disiapkan juga meskipun sudah tersasar tarikh luputnya.
Kini, aku perlu perjuanganku melalui tulisan ini dengan berusaha sedaya upaya menyiapkan manuskrip Surah-surah Rindu 2 pula. Aduh! rasanya perit sekali. Ingin menyambung yang terputus suatu yang payah. Moga-moga Allah memberikan aku kekuatan dan semangat baru untuk aku terus berkarya.
Esok, jika diizinkn Allah, insya-Allah aku akan menghadiri suatu perjumpaan penting. Yang berkait dengan dunia penulisan juga. Harap-haraplah aku dapat memberikan sumbangan dalam perbincangan itu kerana sudah lama juga aku tidak berdiskusi dengan sesiapa. Terperam dalam dunia sendiri, otak pun ada kalanya terasa kosong. Moga ilham datang menjelma.
7.1.09
Young Aisyah: Pindah Rumah terbit 19 Januari 2009
Inilah karya sulung novel kanak-kanak yang akan menemui pembaca pada pertengahan Januari tahun ini. Inilah juga karya pembuka tirai 2009. Di harap mendapat reaksi yang baik dari pembaca terutama awal remaja.
Novel ini adalah satu alternatif bagi para pembaca awal remaja yang dahagakan ilmu dan pengolahannya ceritanya lain dari yang lain. Lebih menitikberatkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan Aisyah Sofia sebagai gadis remaja yang ingin belajar dan terus belajar. Tapi dalam pada itu, sifat kenakalan sebagai seorang budak itu tetap ada dan itu adalah sesuatu yang fitrah. Malah jika diasuh dan dididik dengan baik, semua itu akan terarah kepada kebaikan atau positif. 

Jangan lupa untuk membelinya bagi dihadiahkan kepada anak-anak, adik, anak saudara dan sesiapa sahaja yang berminat atau tidak berminat hendak membaca.
Apa komen anda dengan kulit buku itu?
31.12.08
Salam Maal Hijrah
Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua yang membaca blog ini. Sekejap sahaja masa berputar dengan pantas dan kini kita sebagai orang Islam telah mengalami tahun baru. Apakah cita-cita dan hasrat tahun lalu telah kita lakukan dengan baik? Adakah amalan ibadah kita semakin bertambah atau berkurangan? Adakah akhlak kita semakin baik atau sebaliknya? Ilmu kita semakin menaik atau merosot? Adakah iman kita bertambah atau berkurangan? Atau adakah amalan kita sekadar dipinggiran atau sebaliknya? Semuanya itu perlu diperbaiki dan ditambah rencahnya supaya kita menjadi insan soleh. Walaupun tidak sesempurna, tapi sekurang-kurangnya kita berazam hendak berubah dan berhijrah menjadi yang terbaik.
Azam aku? Sentiasa ingin menjadi insan solehah dan yang terbaik. Tapi, rasanya sukar dicapai jika tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh. Sebagai manusia biasa, ada sahaja kelemahannya. Dan kelemahan itu yang perlu diperbaiki. Banyak sungguh kelemahan sehingga tidak terhitung tapi itulah juga yang cuba diperbaiki dari hari ke sehari. Semoga hijrah kali ini lebih bermakna dari yang dulu dan lebih diterima Allah SWT.
21.12.08

Surah-surah Rindu( SSR) dalam Majalah Aniqah (Dis) dan Berita Harian (Jumaat/19.12.08)
Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Allah SWT kerana SSR mulai diulas dalam blog, majalah dan terkini, akhbar harian yang terkenal.
Pada mulanya, apabila disiarkan ulasan dalam blog Novel PTS, aku rasa terharu. Ia bagaikan satu hadiah untuk diriku yang mana novel SSR sudah mula menarik perhatian. Terima kasih kepada pengulas novel yang sanggup menghabiskan novel setebal 230 muka surat untuk ditelah akan isi kandungannya. Bukan calang-calang orang yang sanggup menghabiskan bacaan dan kemudiannya mengulas. Terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Awam, Sdr. Roslan Isa yang bersungguh-sungguh ingin memperkenalkan SSR ke mata umum.
Begitu juga, dengan disusuli dengan kiriman SMS daripada pegawai perhubungan awam di suatu pagi memeranjatkan degupan jantungku. Kini dikatakan, ulasan buku sudah diterbitkan dalam Majalah Aniqah. Majalah Aniqah adalah sebuah majalah berbentuk islami yang masih baru di pasaran. Usianya yang baru mencecah setahun jagung sudah tentu untuk aku mencarinya di sekitar kawasan rumahku. Bagiku, majalah yang baru seperti Aniqah hanya boleh didapati di kedai buku yang besar dan juga kedai buku milik mamak. Memang betul tekaanku, selama dua minggu pencariankku akhirnya aku jumpa di kedai mamak. Lega rasa hati, meskipun sebelum itu aku memesan majalah tersebut kepada adikku yang sering berkunjung ke kedai majalah dan buku. Terima kasih Ina, tak apa walaupun Ina dah beli, nanti majalah itu Kak Idah nak hadiahkan kepada emak sahaja.
Degupan jantungku bertambah kencang sejak pagi Jumaat, apabila kiriman SMS sekali lagi diterima dari PR PTS. Aduh! aku sudah semacam terasa kalau terima dari pegawai tersebut mesti ada apa-apa yang terpenting. Memang betul! SMS mengatakan bahawa dimintanya aku beli Berita Harian hari Jumaat kerana ada ulasan tentang SSR. Kelam kabut juga aku. Sebab pagi itu adalah deadline aku kena hantar kerja-kerja freelance. Hati ini sudah melonjak tak sabar-sabar nak pergi kedai Pak Rahim hendak beli suratkhabat. Sedangkan sebelum ini aku memang tak pernah beli suratkhabar kecuali hujung minggu kerana hanya membaca akhbar online s
ahaja. Akhirnya apabila kerja siap, modem internet pula rosak. Aduh! Aduh! masalah betul, sabar Saridah oi! Kata aku seorang diri. Suami tiada di rumah jadi cakap seorang dirilah! Macama mana hendak email kerja ini? Akhirnya, sasarannya pergi pejabat adik ipar, guna internet...alhamdulillah, semuanya selamat....!
ahaja. Akhirnya apabila kerja siap, modem internet pula rosak. Aduh! Aduh! masalah betul, sabar Saridah oi! Kata aku seorang diri. Suami tiada di rumah jadi cakap seorang dirilah! Macama mana hendak email kerja ini? Akhirnya, sasarannya pergi pejabat adik ipar, guna internet...alhamdulillah, semuanya selamat....!Apabila disemak akhbar harian itu, satu lagi debaran jantung ku ini bertambah sesak...Aduh! Bukan setakat ulasan malahan biodata aku juga ada ditempek dengan gambar yang tak cun itu! Alahai malu rasanya. Dulu aku juga yang sibuk ambil gambar orang dan siarkan kini giliran aku..... itulah putaran hidup manusia....SILA BACA LEBIH LANJUT...http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sastera/20081219085748/Article/
Tapi, aku suka dengan ulasan yang ditulis, terima kasih kepada pengulas yang mengulas dengan sejujurnya. Memang aku ingin mengetahui reaksi pembaca terhadap penghasilan aku dalam genre kreatif ini.... TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...!
15.12.08
Komputer pulih dan Pelukis Aisyah yang baru
Alhamdulillah, akhirnya komputer riba aku kembali pulih. Rupa-rupanya, adapter yang rosak terkena renjatan elektrik yang berlaku tidak di rumah ku baru-baru ini. Lega rasanya kerana ia tidak melibatkan komputer aku yang banyak berisi maklumat dan juga fail peribadi. Namun, kesuntukan masa tidak mengizinkan aku untuk terus-terusan mencatatkan sesuatu cerita dalam blog aku ini. Kini, sedang sibuk mengedit buku ilmiah dan juga sedang berusaha untuk menyiapkan manuskrip young aisyah yang kedua. Semoga aku dapat mengejar dead-line yang telah diberikan. Ya Allah, berikan daku kekuatan kudrat dan idea. Amin.


Alhamdulillah, akhirnya komputer riba aku kembali pulih. Rupa-rupanya, adapter yang rosak terkena renjatan elektrik yang berlaku tidak di rumah ku baru-baru ini. Lega rasanya kerana ia tidak melibatkan komputer aku yang banyak berisi maklumat dan juga fail peribadi. Namun, kesuntukan masa tidak mengizinkan aku untuk terus-terusan mencatatkan sesuatu cerita dalam blog aku ini. Kini, sedang sibuk mengedit buku ilmiah dan juga sedang berusaha untuk menyiapkan manuskrip young aisyah yang kedua. Semoga aku dapat mengejar dead-line yang telah diberikan. Ya Allah, berikan daku kekuatan kudrat dan idea. Amin. 
Ada cerita baru tentang siri Young Aishah. Pelukis dan juga penulis bersama dengan aku kini sudah berganti orang. Saudara Jonos telah menarik diri pada saat terakhir atas alasan tertentu. Kiranya, jodoh kami tiada dalam menghasilkan satu buku dan jodohku ini dengan orang lain, pelukis baru yang aku kenali hanya dari segi nama yang diberi oleh editor, Asyuura. Namanya Rezarly. Dan lukisannya cantik dan menawan hati ini. Harapan tinggi, semoga para pembaca akan tertarik dengan lukisan ini dan seterusnya untuk membaca novel itu sehingga habis.
Di atas adalah hasil sentuhan Rezarly...
3.12.08
30.11.08
Karnival Membaca dan ujian hidup
Dua minggu lebih sudah tidak mencatat apa-apa dalam blog yang serba kekurangan ini. Bukan malas atau sengaja tetapi tanpa disengajakan. Pelbagai peristiwa berlaku. Bermula pada 11.11 hari itu aku telah menghadirkan diri dalam satu karnival. Bukan karnival beli belah atau yang bukan-bukan tapi karnival membaca buku di Kuala Selangor. Suatu ketika dahulu, semasa masih di sekolah menengah, pernahlah bertandang ke Kuala Selangor kerana mengikuti rombongan sekolah melawat negeri sendiri, Selangor. Kelakar kan? Maklumlah orang bandar dan hidup pula bukannya senang, hendak mengharapkan ibu bapa membawanya, tak mampu lagipun adik beradik ramai, tak muatpun kalau disumbatkan dalam satu kereta. Jadi bila ada peluang sekolah membuat rombongan, maka hati ini melonjak-lonjak. Ah! itu kenangan silam. Apa yang hendak aku katakan, bahawa kehadiran aku di tempat itu mengimbau kisah lama.
Berbalik kepada karnival itu, aku dijemput sebagai salah seorang panel yang mewakili kaum hawa. Membincangkan tentang buku kegemaran. Apabila Cik Emy dari Perpustakaan Awam Selangor bertanyakan apakah buku kegemaran aku, aku kata, banyak tak terhitung. Dan diapun meminta senarai buku yang digemari. Lagi satu tak tertaip pula aku kerana begitu panjang. Apa yagn sempatlah dan aku emailkan kepada rakan setugasnya. Akhirnya, Cik Emy memberitahu, yang mereka hanya ada buku "Warkah Cinta Berbau Syurga" yang hendak dipamerkan dalam karnival itu. Maka, aku pun diminta bercakap tentang buku itu. Memang novel Islami itu sudah habis aku baca beberapa bulan yang lalu. Kalau tak silap, dalam dua hari aku boleh habiskan.
Menjadi panel adalah pengalaman baru. Aku tak pernah pun sebelum ini. Terima kasih Encik Roslan Isa, PR PTS yang membuka jalan untuk mengenali PPAS (Perpustakaan Awam Selangor). Pada mulanya, aku risau kerana tidak tahu cara hendak pergi kerana suami sendiri tidak dapat menghantar dan perpustakaan di Kuala Selangor pula aku tak tahu di mana tempatnya. Tetapi, segala masalah terurai apabila Cik Emy sendiri menawarkan agar menumpang van PPAS ke sana. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Tiba masanya, aku diapit dengan tiga panel lelaki yang hebat-hebat. Alahai, terasa kecil diri ini. Nanti entah apa-apa yang aku bicarakan. Harap-harap tak tersasul dan melalut. Dipendekkan cerita, semuanya berjalan lancar. Mungkin di lain hari aku catatkan isi perbincangan.
Sekembalinya dari Kuala Selangor, malam baru aku sampai ke rumah. Badan sudah mula terasa letih. Perutku sudah menyengat. Sakit kerana perutku kosong. Dan dua hari kemudiannya, rumahku tiada bekalan elektrik, itu mungkin keadaan biasa. Tapi yang dahsyatnya, ia melibatkan perkakas elektrik yang lain. Jiranku, mesin basuhnya rosak, diikuti dengan tv berasap. Aku pula, komputer riba pula meragam, agaknya kesan kerosakan elektrik. Kuasa elektrik yang melampau. Apa taknya, tiba-tiba, kipas laju macam kipas helikopter. Lampu tiba-tiba padam, macam ada hantu pula nak main kelip-kelip dengan aku. His! menakutkan saja!!
Hingga kini komputer riba baru tak boleh pakai, sedih rasanya. Ujian...ujian...sabor je la. Itu yang sampai ke hari ini hati tak berapa ceria, ingat nak ke Low Yat, tanya apek di sana boleh tak baiki supaya hatiku gembira semula!!. Doakan semuanya baik belaka! Amin.
Dua minggu lebih sudah tidak mencatat apa-apa dalam blog yang serba kekurangan ini. Bukan malas atau sengaja tetapi tanpa disengajakan. Pelbagai peristiwa berlaku. Bermula pada 11.11 hari itu aku telah menghadirkan diri dalam satu karnival. Bukan karnival beli belah atau yang bukan-bukan tapi karnival membaca buku di Kuala Selangor. Suatu ketika dahulu, semasa masih di sekolah menengah, pernahlah bertandang ke Kuala Selangor kerana mengikuti rombongan sekolah melawat negeri sendiri, Selangor. Kelakar kan? Maklumlah orang bandar dan hidup pula bukannya senang, hendak mengharapkan ibu bapa membawanya, tak mampu lagipun adik beradik ramai, tak muatpun kalau disumbatkan dalam satu kereta. Jadi bila ada peluang sekolah membuat rombongan, maka hati ini melonjak-lonjak. Ah! itu kenangan silam. Apa yang hendak aku katakan, bahawa kehadiran aku di tempat itu mengimbau kisah lama.
Berbalik kepada karnival itu, aku dijemput sebagai salah seorang panel yang mewakili kaum hawa. Membincangkan tentang buku kegemaran. Apabila Cik Emy dari Perpustakaan Awam Selangor bertanyakan apakah buku kegemaran aku, aku kata, banyak tak terhitung. Dan diapun meminta senarai buku yang digemari. Lagi satu tak tertaip pula aku kerana begitu panjang. Apa yagn sempatlah dan aku emailkan kepada rakan setugasnya. Akhirnya, Cik Emy memberitahu, yang mereka hanya ada buku "Warkah Cinta Berbau Syurga" yang hendak dipamerkan dalam karnival itu. Maka, aku pun diminta bercakap tentang buku itu. Memang novel Islami itu sudah habis aku baca beberapa bulan yang lalu. Kalau tak silap, dalam dua hari aku boleh habiskan.
Menjadi panel adalah pengalaman baru. Aku tak pernah pun sebelum ini. Terima kasih Encik Roslan Isa, PR PTS yang membuka jalan untuk mengenali PPAS (Perpustakaan Awam Selangor). Pada mulanya, aku risau kerana tidak tahu cara hendak pergi kerana suami sendiri tidak dapat menghantar dan perpustakaan di Kuala Selangor pula aku tak tahu di mana tempatnya. Tetapi, segala masalah terurai apabila Cik Emy sendiri menawarkan agar menumpang van PPAS ke sana. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Tiba masanya, aku diapit dengan tiga panel lelaki yang hebat-hebat. Alahai, terasa kecil diri ini. Nanti entah apa-apa yang aku bicarakan. Harap-harap tak tersasul dan melalut. Dipendekkan cerita, semuanya berjalan lancar. Mungkin di lain hari aku catatkan isi perbincangan.
Sekembalinya dari Kuala Selangor, malam baru aku sampai ke rumah. Badan sudah mula terasa letih. Perutku sudah menyengat. Sakit kerana perutku kosong. Dan dua hari kemudiannya, rumahku tiada bekalan elektrik, itu mungkin keadaan biasa. Tapi yang dahsyatnya, ia melibatkan perkakas elektrik yang lain. Jiranku, mesin basuhnya rosak, diikuti dengan tv berasap. Aku pula, komputer riba pula meragam, agaknya kesan kerosakan elektrik. Kuasa elektrik yang melampau. Apa taknya, tiba-tiba, kipas laju macam kipas helikopter. Lampu tiba-tiba padam, macam ada hantu pula nak main kelip-kelip dengan aku. His! menakutkan saja!!
Hingga kini komputer riba baru tak boleh pakai, sedih rasanya. Ujian...ujian...sabor je la. Itu yang sampai ke hari ini hati tak berapa ceria, ingat nak ke Low Yat, tanya apek di sana boleh tak baiki supaya hatiku gembira semula!!. Doakan semuanya baik belaka! Amin.
10.11.08

Sekadar luahan
Selalunya, seorang pengguna yang membeli sesuatu barangan dan diminta bayar secara ansuran, itu memang sudah jelas dari segi hukum yang ditetapkan oleh sipenjual. Tetapi bagaimana pula, jika duit itu memang sudah duit kita, dibayar pula secara ansuran. Seperti kita pula yang memberi pinjaman kepadanya sedangkan sudah tiba masanya dia bayar penuh kepada kita kerana dalam perjanjian tiada terma-terma bayar separuh.
Itulah keluhan kawan saya. Saya juga kesian dan hendak buat macam mana? Bolehlah situasi begini kita sebagai pengguna mengambil tindakan? Kawan saya itu macam terasa ditipu dan tertipu. Situasi begitu memang pernah saya alami. Saya juga terasa tertipu. Entahlah! Hendak mengupah peguam, duit setakat cukup makan sahaja. Mana hendak mampu upah peguam lawan orang itu, saman orang ini. Buang masa sahaja. Dan jalan terakhir yang boleh diambil, bersabarlah dan berdoalah supaya segalanya berjalan baik. Ada hikmah juga tu. Begitulah nasihat saya kepada diri sendiri dan juga kawan saya itu. Akhirnya garu kepala sendiri yang tidak gatal.
28.10.08
Ulasan Surah-surah Rindu dari blog novelptsJudul: Surah-surah Rindu
Penulis: Saridah Hamid
Cetakan Pertama: 2008ISBN: 978-983-3604-19-7
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: Sem: RM24.00 Sem. Malaysia, RM27.00 Sabah & Sarawak
Tebal: 432 halaman
Pengulas: Mohd Roslan Md Isa
Surah-surah Rindu tulisan penulis tempatan Saridah Hamid mengangkat dan mempersembahkan alihan konsep kekeluargaan, persahabatan, akademik, cinta, perjuangan, intelektual, survival hidup, dan hukum hakam agama Islam. Penceritaan cerita dengan plot yang mengikut kronologi masa, tempat, emosi, konflik dan persoalan pelajar di institusi pengajian tinggi disusun kemas dan senang dibaca. Nilai tambah adalah apabila diselitkan terjemahan ayat Quran dan Hadis yang disampaikan bagi menerangkan situasi, menguatkan fakta dan bukan kerana tujuan mengarah serta menunjuk pandai.
Novel Islami
Novel yang dikenali sebagai novel Islami ini dipakej sebagai I-Novela. Bagi remaja yang mahu mengetahui konsep cinta dan perjuangan emosi remaja yang sebenar perlu mendapatkan rujukan yang tepat dan serasi dengan jiwa remaja mereka. Justeru itu, novel ini membawa sinar harapan beserta kilauan bintang terpilih yang mampu dijadikan medium perantaraan supaya remaja memahami aspek cinta dan jiwa remaja yang sebenar.
Watak Utama
Nurin Hannah, semasa kecil dirinya dilimpahi kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Meskipun dia sering dianggap berbeza daripada adik-beradiknya, tetapi dia tetap bahagia bersama ahli keluarganya. Dia diberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat serta hidup sebagai muslimah sejati.
Fathi Nur Hakim adalah abang sulung Nurin yang berkulit sawo matang manakala lain pula bagi Nurin kerana si sunti itu berkulit putih dan memiliki sepasang mata yang sedikit sepet. Pelbagai kisah suka duka dikongsi mereka semasa kecil. Hubungan adik beradik ini rapat dan adakalanya apabila mereka mula meningkat awal remaja, Nurin akan memberontak apabila abangnya hanya bermain dengan rakan lelaki sahaja dan di ditinggalkan sendirian. Namun Nurin sering mengatasi abangnya seperti bermain gasing sehingga berpusing kepala abangnya memikirkan perangai adiknya yang agak bersifat lelaki.
Konflik dalaman Hannah mula memberontak apabila seorang demi seorang adiknya dilahirkan oleh ibunya memiliki kulit badan yang berbza daripanya. Namun segala persoalan itu dijawab kemas dan secara rahsia oleh ayah dan ibunya.
Semasa menuntut di universiti, hatinya diketuk seorang jejaka yang terkenal di fakultinya. Ibunya sering berpesan memintanya supaya tidak menjalinkan cinta semasa sedang belajar. Dia akur dengan ingatan itu. Akhirnya, dia menerima salam persahabatan daripada jejaka itu selepas melakukan solat istikharah. Persahabatan itu dirahsiakan daripada warga kampus dan juga keluarga. Hanya sahabat karibnya, Liyana yang mengetahuinya.
Percintaan di kampus antara Hannah dan temannya terjalin baik dan mereka cuba mengelakkan perkara yang mendatangkan fitnah dan sering berjumpa apabila tugasan projek persatuan ataupun kelas dalam kumpulan yang besar. Elemen teknologi juga diterangkan bagi memggambarkan novel ini lain dan memang lari laju daripada novel tradisi yang lain. Teknik menjalinkan hubungan cinta yang murni dijelaskan melalui emel, sms dan Yahoo Messenger.Namun, dilema gadis kacukan ini bermula apabila mengetahui hakikat sebenar identiti dirinya apabila usianya meningkat remaja. Dalam usaha mengenal peribadi diri dan keluarga. Hannah dikejutkan dengan berita yang dia secara tidak sengaja terjumpa surat yang sudah usang dan dapat mendedahkan peribadi Hannah. Apakah kandungan surat itu dan bagaimana dia mendepani situasi itu?
Kekuatan Novel
Nurin Hannah adalah sebahagian daripada kes kecil yang jarang didedahkan media dan diterokai penulis lain. Penulis ini berjaya mencipta karektor Nurin Hannah yang cekal, tabah, ceria dan unik. Gabungan ayat Quran dan Hadis yang diterangkan jelas dapat membantu masyarakat memahami hukum hakam Islam, antara yang dikupas adalah saranan Islam kepada wanita bagi memakai tudung dan disampelkan kepada watak Nurin Hannah. Lokasi bagi jalan cerita juga merakyatkan novel ini bagi membawa pembaca mengenali tempat-tempat bersejarah.
klik: blog novelpts
27.10.08

Surah-surah Rindu (Dwilogi)mempunyai dua siri
Sebenarnya tidak ada niat untuk membuat novel ini bersiri (hanya dua siri sahaja). Editor PTS Millennia menelefon menyatakan bahawa novel sulung itu tidak lengkap ceritanya. Memang diakui, cerita itu penyudahnya sudah tentu tidak menyeronokkan. Sengaja ditulis sebegitu supaya pembaca tertanya-tanya.
Setelah dibelek dan dikoreksi, ingin disambung cerita itu dan perkara ini pernah utarakan kepada editor (sebelum novel itu diterbitkan lagi). Dan saya sudah berikan sinopsisnya. Pada mulanya, beliau tidak setuju kerana ingin melihat novel pertama saya keluar dahulu tetapi tidak lama kemudian dia memberitahu yang saya perlu menyambung cerita itu kerana tergantung. Saya berbesar hati.
Kini dalam proses menyiapkan manuskripnya. Terasa semput sekali. Jalan cerita memang sudah ada tetapi ingin mengolahnya itu yang menyesakkan dada ini. Sesungguhnya, bukan semudah itu untuk menyiapkan bait-bait indah dalam novel. Ingin membuat para pembaca suspen pun amat payah. Em! Inilah ujian seorang penulis. Kalau boleh saya ingin menghadirkan hati dan perasaan ini dalam penulisan. Bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Ya Allah! Berikanlah daku inspirasi dan ilham untuk menulis dengan lebih baik lagi. Berikanlah daku semangat untuk terus berkarya. Jauhkan segala rasa bosan yang kadang kala melanda diri ini. Dan yang paling ditakutu adalah hilang idea dan motivasi. Lapangkan dada ini supaya sentiasa berusaha untuk terus menggerakkan jari jemari ini untuk terus mengetuk huruf-huruf di keyboard ini. Amin!
20.10.08

Watak- watak dalam Siri Young Aisyah
Watak utama dalam siri ini sudah tentulah seorang budak perempuan. Nama penuhnya Aisyah Sofiah atau lebih gemar dipanggil Aisyah sahaja. Fitrah seorang budak yang masih bersifat keanakan yang dunianya penuh dengan keriangan, ingin belajar, sering melakukan kesalahan, rasa ingin tahu sesuatu yang baru, menjalin hubungan dengan kawan, dan sebagainya adalah antara sifat semula jadi seorang budak.
Mungkin kita pernah bertingkah laku seperti itu. Zaman kanak-kanak yang penuh dengan keceriaan dan keseronokan. Itulah yang hendak ditonjolkan dalam siri Aisyah disamping ingin diserapkan nilai-nilai murni dan islamik secara tidak langsung. Pengajaran yang hendak dipaparkan kepada kanak-kanak secara spontan, tidak mengajar tetapi mengajak melakukan kebaikan secara tidak langsung. Sifat seorang anak bukan suka di suruh-suruh tetapi hendaklah diberi teladan yang baik. 
Selain watak Aisyah, watak yang tidak kurang berperanan penting seperti Puan Aminah (umi), Encik Jamil (bapa), Nenek Saloma, Azirah (kakak) dan watak pendamping sebagai kawan, seperti Amira, Abu Yela, Ali Mamak dan
juga watak binatang kesayangan-kucing.
juga watak binatang kesayangan-kucing.Lukisan ini dilakar oleh Saudara Jonos. Beliaulah yang membina imej tersebut setelah melakukan banyak kajian. Semoga menjadi ikon kepada kanak-kanak. Untuk melihat lakaran yang lain sila klik
14.10.08

14 Oktober Hari Jadi Bonda
Selamat hari jadi bonda yang ke 69, anakanda doakan bonda sentiasa sihat walafiat di samping mengerjakan amalan ibadah seharian. Semoga bonda dicucuri rahmat Allah dan diberi kemudahan untuk menjalani kehidupan harian dengan amalan ibadah.
Jasa bonda tetap anakanda dan adik beradik kenang. Membesarkan dalam kepayahan seorang diri anak yang seramai lapan orang. Alhamdulillah semua anak-anak bonda sihat dan selamat mendirikan rumahtangga masing-masing. Menantu lapan orang campur dengan bilangan cucu yang telah meningkat seramai 25 orang. Jika umur panjang, bonda berkesempatan menerima kehadiran cicit pula, bila agaknya?
Moga bonda tabah meniti usia emas. Alhamdulillah bonda setakat ini sihat cumanya biasalah sakit orang tua, sengal-sengal dan sakit sendi terutama pada lutut. Anakanda sentiasa mendoakan kesejahteraan bonda di dunia dan akhirat.
13.10.08
Nostalgia Idul Fitri 2008
Tahun ini persiapan raya tidak seperti tahun lalu. Memang berbeza dan malang sekali kuih raya yang selalu aku buat sendiri tahun ini tidak ada kesempatan untuk menyediakan. Bukan kerana harga minyak naik dan kemudian turun beberapa sen saja. Bukan sudah lupa bahan-bahan hendak buat kuih. Bukan itu. Tetapi sesuatu yang menghalang dan tumpuan aku sekarang ini sepenuhnya kepadanya. Namun dalam kesemputan itu, alhamdulillah aku masih berkemampuan menghasilkan manuskrip.
Kebiasaannya, selepas lepak rumah emak beberapa jam, kami adik beradik akan berkonvoi berkunjung ke rumah sanak saudara di sekitar Kampung Baru, Gombak dan Sungai Buluh, tapi tahun ini terbalik pula. Hanya lepak rumah emak sahaja memandangkan emak pun tidak berdaya hendak ikut kami beraya lagi. Maklumlah umur emak semakin emas dan anak dan cucunya pula ada yang sudah hampir pencen dan juga hendak kahwin(cucunya je). Jadi aku dan yang lain duduk di rumah emak tungguh tetamu datang.
Rupa-rupanya, cuti begini ramai yang datang ke PD termasuklah aku dan keluargaku. He he he. Tak pernah dibuat orang. Kalau saudara mara tahu ini memang kena bambu! Orang beraya, kami semua bersantai pula di pantai.
i.
Tahun ini persiapan raya tidak seperti tahun lalu. Memang berbeza dan malang sekali kuih raya yang selalu aku buat sendiri tahun ini tidak ada kesempatan untuk menyediakan. Bukan kerana harga minyak naik dan kemudian turun beberapa sen saja. Bukan sudah lupa bahan-bahan hendak buat kuih. Bukan itu. Tetapi sesuatu yang menghalang dan tumpuan aku sekarang ini sepenuhnya kepadanya. Namun dalam kesemputan itu, alhamdulillah aku masih berkemampuan menghasilkan manuskrip. Akibatnya, sudahlah tak sempat buat kuih, hendak beli kuih lagilah tidak terdaya. Kerana kuih yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya, harganya mahal sekali. Balang kecil sahaja hampir 20 ringgit. Lebih baik aku beli tepung, gula, telur dengan harga itu dan buat kuih sendiri. Lagi jimat. Namun apakan daya, kudrat yang semakin lemah ini tidak mampu membuat semua itu. Atas nasihat suami tersayang, janganlah sibukkan diri buat itu buat ini, nanti penyakit lain pula timbul.
Kesannya, hanya aku sempat membeli rempeyek, muruku, kacang, kerepek ubi dan jenis-jenis kuih bergoreng. Harganya bolehlah tahan dan nampak banyak pula tu. Kuih tahunan yang selalu aku buat seperti tart nenas, mazola, semperit hanya tinggal kenangan. Melepaskan gian makan kuih itu di rumah saudara mara saja. Jadilah! Tapi aku sempat juga memasak rendang, nasi himpit, kuah kacang dan sayur sambal goreng (jawa punya) pada petang raya. Habis pada raya ke dua.
ii.
Raya tahun in memang sungguh mencabar terutama dari segi cuaca. Mencabar juga aku sekeluarga adalah orang yang paling lambat sampai ke rumah emak. Tahun lalu aku orang pertama tahun ini aku yang tercorot. Nasib baiklah emak memahami, dan abang-abang, kakak dan adik turut memahami keterlambatan aku itu. Memalukan saja. Tapi tersengih-sengih kepenatan.
Kebiasaannya, selepas lepak rumah emak beberapa jam, kami adik beradik akan berkonvoi berkunjung ke rumah sanak saudara di sekitar Kampung Baru, Gombak dan Sungai Buluh, tapi tahun ini terbalik pula. Hanya lepak rumah emak sahaja memandangkan emak pun tidak berdaya hendak ikut kami beraya lagi. Maklumlah umur emak semakin emas dan anak dan cucunya pula ada yang sudah hampir pencen dan juga hendak kahwin(cucunya je). Jadi aku dan yang lain duduk di rumah emak tungguh tetamu datang.Kebiasaannya, raya kedua aku ikut suami balik kampungnya di Melaka. Tapi tahun ini pelik sikit. Adik ipar aku ada rancangannya sendiri. Mengajak kami bercuti. Mula-mula terdetik, betul ke adik ipar aku ini? Macam hendak banyak hati yang lara saja? Mula-mula terasa malas pula tapi setelah sehari suntuk beraya di Melaka, mungkin inilah masa aku bersantai di pantai sekian lama memerap di rumah dan menghadap komputer riba tanpa batasan waktu. Okey juga cadangannya. Emak mentua aku pun tidak berapa sihat, mungkin boleh ubah angin. Dan akhirnya aku dengan ipar duai dan ibu mentuaku bersantai di Port Dickson di Tanjung Tuan milik syarikat adik ipar. Bayar murah saja.
Tinggal di Tanjung Tuan ini membangkitkan nostalgia aku semasa berkhidmat di RTM. Tempat ini adalah menjadi tempat penginapan aku dan krew sekiranya aku ada tugasan di negeri ini. Boleh dikatakan kerap juga ke sini sampai sudah jemu. Tapi kehadiran aku pada hari raya ini, mengingatkan aku tentang tempat ini yang dahulunya cantik tapi kini seperti tidak terjaga dari segi penyelenggaraan biliknya. Mungkin disebabkan apartment di sini sudah dijual kepada syarikat lain. Seperti syarikat adik ipar ini, syarikatnya membeli 5 unit kondominium untuk kakitangannya bersantai. Masa sudah berubah!
iii.
Dalam kepenatan baru balik dari pantai dan kampung, hadirlah dua insan yang pernah aku tulis sebelum ini. Datin Hamidah Hamzah dan suaminya, Datuk Ramlan. Alahai terasa malu pula kerana peti ais aku kosong belum beli bahan-bahan basah dan kering. Yang ada hanyalah kerepek seperti yang aku ceritakan sebelum ini. Memandangkan mereka sudah sampai, aku terima dengan hati besar. Bangga sekali dengan kehadiran mereka di teratak kecil aku ini. Hanya menghidangkan air teh o dan kerepek-kerepek aku itu.
Dan pasangan pengantin baru itu menghulurkan kad jemputan rumah terbuka mereka yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Inilah pertama kali aku terima jemputan formal rumah terbuka. Selalunya, jemputan mulut sahaja dari sahabat dan saudara mara.
Ada orang tanya, tidak buat rumah terbukakah? Entahlah, terasa malas pula. Suami pula suruh buat, aku belum bagi jawapan lagi. Sebabnya, yang hendak masak nanti, akulah. Dan aku jenis tidak suka order-order keluar duit, membazir. Baik masak sendiri. Nantilah aku fikirkannya!
9.10.08

Perihal Surah-surah Rindu
i.
Kiranya belum terlambat untuk mengutuskan Salam Aidil Fitri kepada semua yang sudi berkunjung ke sini. Dalam kesibukan harian, ada beberapa perkara yang hendak ditulis tetapi tidak ada kesempatan waktu. Namun, memandangkan semua dalam blog ini bukan berita terkini, maka peristiwa yang lalu boleh juga dicatatkan.
Dalam minggu ke dua berpuasa, aku menerima kiriman 10 naskhah novel Surah-surah Rindu. Di samping dititipkan sekeping kad raya kiriman dari PTS Milinnea dan juga PTS Islamika. Terima kasih kepada editor, Siti Nor Fadilah yang memenuhi permintaanku untuk menghantar novel itu secara pos kerana aku tidak berkesempatan untuk mengambilnya di pejabat PTS editorial atas sebab-sebab tertentu.
Perasaan ketika menerimanya adalah berlainan kerana inilah novel sulung ku yang sering membuatkan hati berdebar-debar menunggu kemunculannya. Kini, Surah-surah Rindu sudah berada di pasaran. Carilah di MPH bookstore, Popular, Kinokuniya dan kedai buku yang mengedar buku-buku terbitan PTS.
ii.
Setelah berada di pasaran, kini aku berdebar-debar pula menerima reaksi dari para pembaca. Namun aku bersedia untuk menerima sebarang kritikan, cadangan, komentar, dan sebagainya. Maklumlah, genre kreatif ini sesuatu yang berseni dan ada nilai sastera. Bagi individu yang ulat novel, sudah tentu dapat membezakan antara satu sama lain. Yang pastinya, sebagai penulis, sudah tentu tidak dapat memenuhi citarasa ke semua pembaca.
Aku ingin praktikkan ilmu komunikasi dan penulisan yang dimiliki selama ini dalam genre kreatif pula. Semoga kehadiran aku dalam dunia sastera diterima.
Niat aku menulis dalam bentuk genre adalah ingin menyampaikan sesuatu kepada para pembaca. Selama ini niat itu hanya terpendam sekian lama. Tapi, sesungguhnya untuk menghasilkan satu manuskrip yang penuh bukanlah semudah yang disangka. Bukan senang dan juga bukan susah untuk menghasilkannya. Apa yang penting, perlu ada semangat, kesungguhan, pengalaman, ilmu penulisan, bacaan meluas, kajian dan semua itu bila digarapkan ia akan menghasilkan satu manuskrip seperti yang dikehendaki.
Sebenarnya, aku mensasarkan manuskrip itu siap dalam masa dua bulan. Tetapi akhirnya tersasar juga hingga empat bulan. Kerana aku bukan sahaja menumpukan kepada penulisan novel tetapi beberapa manuskrip lain juga aku ingin siapkan. Terpengaruh dengan KJ Method yang diperkenalkan oleh sifu PTS, Puan Ainon Mohd. Apatah lagi, aku juga melakukan kerja-kerja freelance sebagai editor buku. Kekangan itulah yang melambatkan untuk menyiapkan manuskrip novel sulung.
Alhamdulillah, akhirnya terbit juga novel itu. Untuk menghasilkannya perlu juga disisipkan perasaan menulisnya. Bagi memulakan rasa mood menulis novel cinta Islam sesuatu yang payah. Maklumlah, zaman bercinta aku semasa remajaj sudah berlalu, maka untuk membangkitkan kembali perasaan itu, aku banyak mendengar lagu-lagu cinta (maaflah ye..lebih kepada lagu cinta kepada Tuhan tapi ada juga cinta sesama manusia...he he he) dan kebetulan memang aku ini suka kepada lagu yang sentimental dan romantis. Itu membina jiwa yang lembut. Mungkin pelik orang mendengarnya. Begitu juga aku banyak membaca novel cinta Islami dan novel yang lain.
Bukan mudah untuk membina ayat yang menyentuh perasaan.(Adakah orang membaca akan tersentuh hatinya, tapi bagi aku memang ada, kerana aku sendiri mudah tersentuh dan ada kalanya menangis bila ayat yang ditulis oleh penulis itu betul-betul menyentuh perasaan. Itu jika sipembaca membacanya dengan hati yang hadir. Tapi kalau baca sekali lalu, memang tiada perasaan langsung!) Entahlah, bagi aku memang susah. Setiap ayat perlu dipastikan lembut dan mudah difaham. Apatah lagi isu yang aku bawa dalam novel ini adalah berat dan jarang disentuh oleh pengarang lain. Aku terasa tercabar juga maklumlah aku ini bukannya seorang yang berilmu agama. Namun begitu, banyak juga buku agama yang menjadi rujukanku. Sesetengah pandangan mengatakan bahawa, novel Islami hanya layak ditulis oleh mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama.
Entahlah, aku ini bukan kelulusan agama tetapi aku berminat untuk sampaikan apa yang aku tahu dari apa yang aku belajar. Salahkah? Adakah menyampaikan ilmu Islam itu hanya layak untuk orang yang ada pendidikan agama? Tapi bagaimana dengan pesanan Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan, "sampaikan dari ku walau satu ayat pun."
Atas kefahaman itulah aku ingin sampaikan kepada para pembaca, harap-harap semua pihak menerimanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


