30.4.07

Pesta Buku di PWTC (29.04.2007)

Hari ketiga di Pesta Buku Antarabangsa KL, saya membawa anak saudara yang tidak pernah berkunjung ke pesta buku apatah lagi menjejakkan kakinya ke bangunan PWTC (menjadi pemandu pelancong yang tidak bertauliah kepada mereka). Awal pagi pengunjung tidak berapa ramai. Namun begitu, meningkat waktu tengahari. pengunjung melaut memenuhi ruang legar bawah dan atas. Bagaikan laluan trafik semakin sesak semasa hendak balik kampung.

Saya ke sana bagi memenuhi hasrat anak saudara, hendak bertemu dengan sahabat blog yang baru dan juga duduk di gerai PTS bagi mempromosi buku saya. Masya Allah, gerai PTS bergegar mungkin sampai ke malam, apabila para pengunjung mengerumuni gerai bagaikan besi berani (magnet). Saya duduk bersama dengan penulis PTS One, Sdr. Majidah, Puan Kushi Hirdan dan juga Puan Ezee Rahmani.

Sempatlah mengambil beberapa keping gambar, tetapi tidak berapa cantik( tangan gementar apabila melihat ramai pengunjung) dan gambar tidak berfokus, (hanya petik sahaja). Begitu juga bertemu dengan sahabat blog baru, Abang Long dan juga Pok Cik Mersik. Bergambar Abang Long sahaja tetapi Pok Cik Mersik tidak pula sebabnya beliau menjadi juru kamera. Sempat berbual ala kadar hanya pembuka bicara berkenalan secara ringkas.

Saya sempat juga memperkenal Puan. Ez kepada mereka berdua. Aduh! pertemuan macam jejak sahabat sahaja (jangan marah abang long dan pok cik) sempat berkirim salam kepada Zalisa (harap beliau baca blog saya ini).

Semasa hendak pulang, saya bertembung pula dengan penulis Ayat-ayat Cinta. Apa lagi ambil kesempatan bergambar dengannya tetapi kenalah beli bukunya dahulu. ( bagi mendapatkan tandatangannya saya belilah bukunya .Sebenarnya saya sudah baca buku itu tetapi pinjam dari sahabat (senyum...masa itu budget terhad!) Alahai! orangnya gantang dan tidak sempat berbual disebabkan gerai buku itu berhadapan dengan gerai PTS yang sesak tanpa kawalan itu. Kalau hendak berbual pun, rasa-rasanya kena pakai mikrofon (bising bangat!) Tetapi terdengar juga dia bercakap bahasa Arab dengan orang lain (terlopong dibuatnya - buta arablah katakan)

Saya lihat buku yang di sain, jangan marah beliau tulis "SALAM CINTA". Aduh! Gegar rasanya jantungku ini! (Acah sahaja!)

Untuk pengetahuan sahabat semua, saya akan berada di sana pada 1 Mei, 2 Mei dan 5 Mei. Datanglah bagi memberi sokongan kepada industri buku tempatan.

27.4.07


Selamat Berpesta Buku

Hari ini adalah hari membelah-belah secara murah. Bukan membeli belah kain baju, beg atau kasut tetapi memborong buku-buku yang dijangkakan akan diberi potongan yang istimewa. Bagi individu yang memang kaki buku (seperti saya...senyum) sudah tentu inilah harinya yang ditunggu.
Pelbagai buku boleh didapati. Sama ada bacaan yang berat mahupun ringan. Ilmiah, novel, majalah, agama, sains, sastera. masakan, komputer dan pelbagai genre yang sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak, budak sekolah, remaja, dewasa mahupun orang tua. Bacaan untuk lelaki dan wanita turut tersedia.

Pokoknya, semuanya ada. Macam-macam ada. Antara hendak dan tidak hendak, tepuk hati tanya fikiran (eh!! pepatah baru). Pameran Buku Antarabangsa hanya diadakan sekali dalam setahun dan dalam masa 10 hari ia berlangsung. Oleh itu, tidak ada alasan untuk tidak pergi. Tetapi tidak tahulah kepada individu yang memang tidak minat membaca apatah lagi memegang buku selepas tamat sekolah atau universiti.

Jangan jadikan alasan tiada masa, tiada duit, tidak minat, lecehlah sebab jauh, susah hendak pergi dan seribu alasan yang direka dan dicipta dengan senang hati tanpa rasa malu. Tetapi apabila dikatakan ada konsert itu, konsert ini, tidak dapat tiket pun hendak pergi. Sanggup diredah mahupun banyak halangan. Menyedihkan hati saya jikalau ini berlaku.

Luangkanlah masa sebentar (walaupun setengah jam) berada di PWTC tempat berlangsungnya pesta buku itu. Kini, banyak kemudahan disediakan sekiranya malas membawa kenderaan sendiri. Ada bas, teksi dan juga aliran ringan transit (lrt la tu) atau komuter. Kuala Lumpur sudah menjadi bandaraya terkenal, masalah pengangkutan bukan isu utama lagi. Hanya sediakan sedikit duit untuk bayar tambang sahaja!

Saya kalau tidak sibuk atau ada perkara lain, memang saya tidak pernah ketinggalan dari menghadirkan diri dalam pameran itu. Saya lebih selesa pergi seorang diri supaya dapat melayan diri sendiri dan membelek buku dari satu gerai ke satu gerai. Tapi rasanya tahun ini hendak bawa anak-anak buah supaya mereka cintakan buku dan juga ilmu.

Peristiwa yang tidak boleh saya lupakan adalah pertemuan kali pertama dengan sahabat yang juga bekerja di sebuah syarikat penerbitan yang kini cukup dikenali di kalangan masyarakat Malaysia. Saya berjalan dari satu gerai ke satu gerai dan terlihat satu papan kertas (sebab di tulis atas kertas kadbod) bertulis, "Anda ingin menjadi penulis." Hati saya terpanggil untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai kenyataan itu.

"Saudari, betulkan sini ada menawarkan menjadi penulis." tanya saya kepada seorang gadis manis menawan. Dia melemparkan senyuman dan hati saya menjadi sejuk (sebab sudah penat berjalan dan penghawa dingin pula kurang berfungsi). Gadis itu mengangguk.

"Benar puan. Puan berikan nama dan nombor telefon, nanti kami akan buat panggilan. Sebenarnya yang menguruskan bengkel ini adalah Puan Ainon." katanya dengan suara lembut. Aduhai, lembut tutur katanya. Saya ini hendak kata lembut susah. Suara tidak ada nada rendah atau tinggi, biasa sahaja. Sudah biasa berkata biasa lebih-lebih lagi bekerja dengan kaum lelaki yang jangan dibagi muka bercakap lembut dengan mereka. Tetapi adakalanya terpaksa cakap lembut sebab hendak memujuk. Eh! melalut pula saya.

"Puan Ainon! Dia ada di sini?" tanya saya balik kepada gadis itu.

"Puan Ainon belum ada, mungkin sebentar lagi dia akan datang."

"Tidak mengapalah nanti saya datang balik." Saya pun beredar dan pergi ke rak buku di gerai itu. Dan mengambil sebuah buku motivasi. Eh! inikah tulisan buku Puan Ainon, semacam aku kenal sahaja. Oh! dia inilah penulis buku 'cara hendak buat terjemahan' yang saya gunakan semasa belajar di universiti. Ini tidak boleh jadi, saya mesti jumpa dengannya hari ini. Hati saya melonjak dan tidak sabar hendak bertemu dengan individu yang dimaksudkan. Bagi menghabiskan masa menunggu itu. Saya pun pergilah merayau ke gerai-gerai lain. Tidak berapa lama kemudian, saya kembali ke gerai itu.

"Boleh saya jumpa Puan Ainon?" saya bertanya kembali kepada gadis tadi.

"Boleh, itu dia baru sahaja sampai." Gadis itu menunjukkan ke arah seorang wanita yang sudah berusia (tapi masih cun lagi!) sedang duduk di meja kecil dan ada seorang lelaki sedang bercakap dengannya.

"Adik ini siapa namanya?" Mesra pula saya sampai sempat bertanya nama gadis itu.

"Fatimah!" jawabnya ringkas dan lembut sambil tersenyum ceria.

"Nama puan?" tanya dia pula.

"Saridah!" saya pula menjawab.

"Baiklah, saya pergi jumpa Puan Ainon dahulu."

Saya pun menuju ke meja Puan Ainon dan memperkenalkan diri hendak mendaftar sebagai penulis. Saya berikan nama penuh dan nombor telepon. Menurut Puan Ainon, dalam masa terdekat dia akan mengadakan bengkel. Beliau berjanji akan menghantar sms (pesanan ringkas dalam telefon bimbit) kepada saya nanti. Saya mengucapkan terima kasih.

Mengapa saya hendak jadi penulis? Selama ini saya banyak menulis dalam majalah, akhbar dan juga membuat penulisan skrip dan penyelidik bagi syarikat yang hendakkan saya menyelidik bagi sesuatu projek. Tiada tulisan yang kekal. Kalau tulis skrip, keluar hanya sehari, itu pun hanya setengah jam atau 4 jam (bagi program siaran pagi) dan berpuluh mungkin beratus skrip saya sudah tulis dan ia berlalu begitu sahaja. Orang dengar dan lihat dan adakalanya hilang begitu sahaja dalam ingatan. Itulah dia penulisan skrip dan adakalanya orang lupa bahawa adanya orang yang menulis skrip. Dan mereka mungkin tidak ingat lagi apa yang cuba disampaikan oleh penulis skrip sebab lebih banyak melihat gambar yang menarik dari tutur kata yang dibaca oleh suara latar.

Saya teringin menulis buku tetapi saya tidak tahu siapa yang boleh terbitkan buku saya dan buku apa pula yang hendak saya tulis? Itulah persoalan yang sering berlegar dalam otak saya. Saya belum lagi memfokuskan bidang yang hendak saya tulis. Saya minat bidang agama tetapi saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang mendapat pendidikan agama hanya pendidikan warisan agama (senyum..) Maka rasanya tidak layaklah menulis dalam bidang agama. Saya juga minat isu wanita (kononnya pembela kaum wanita!) dan itulah memang sesuai dengan jiwa. Ada juga teringin hendak tulis novel (novel cinta islami) tapi masih belum kesempatan.
Saya menulis bukan kerana nama (macam lirik lagu Ramli Sarip).kalau hendakkan nama, nama sudah sering terpapar di majalah, akhbar dan televisyen tapi orang mungkin tidak perasan hanya saya sahaja yang perasan (syok sendiri!). Niat saya menulis hendak sampaikan ilmu walaupun saya ini bukannya banyak ilmu (tidak sampai setitis air atau mungkin sehalus kuman...) dan biarlah ilmu yang tidak sesat. Biarlah tulisan saya itu nanti akan sentiasa kekal sehingga akhir hayat. Hanya itulah sahaja bekalan yang boleh saya bawa bila hayat habis di kandung badan.

Dipendekkan cerita, saya ikutlah bengkel anjuran PTS dari bulan ke bulan dan kini memakan hingga 2 tahun barulah saya boleh menerima konsep dan kaedah PTS dan terhasillah 2 buah buku denga PTS Islamika (alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan cita-cita saya sehingga saya buatlah sujud syukur....hampir hendak meleleh air mata gembira). Namun begitu, dalam gembira ada dukanya...(tidak mengapa biarlah saya simpan duka itu nun jauh di sudut hati)

Jangan lupa berkunjunglah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, K.L. dari hari ini hingga 5 Mei 2007. Datang jangan tidak datang dan belilah buku saya ! (Sedang tersenyum riang...) Jumpa saudara di sana!!








26.4.07

Kerana mu Bunga Tulip (bab 5)


Selepas balik dari makan di kedai makan yang berdekatan dengan rumah, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Perut masih penuh dengan makanan yang sekali gus dianggap sebagai sahur. Ini kerana saya mungkin tidak masak untuk makan sahur, disebabkan saya hendak out-station.

Mata masih tidak boleh lelap dan saya melihat suami sudah pun lena dengan mimpinya yang indah. Manakala saya pula berkhayal sementara menanti mata lelap sendiri. Fikiran menerawang dan mula mengimbas kembali peristiwa beberapa hari yang lalu di pejabat.

"Cik Suria panggil, ada perkara penting yang hendak disampaikan," kata Zarimah kepada saya yang hendak mula melelapkan mata kerana baru sahaja habis siaran pagi. Pagi-pagi tadi sudah bangun. Sebaik sahaja lepas sahur terus ke pejabat dan solat Subuh di pejabat. Ini kerana siaran akan bermula jam 6 pagi. Mata seperti tidak boleh hendak di buka.

"Apa yang dia hendak cakapkan. Tidak bolehlah hendak rehat sekejap. Kamu tidak nampak mata saya yang tidak boleh celik. Mengantuk sangat!" kata saya dengan suara yang serak basah akibat berpuasa dan mengantuk. Saya menurunkan kepala ke meja dan menutup kepala saya dengan suratkhabar mengelak silau lampu bilik. Dapat lelap 10 minit pun jadilah. Bagi menghilang rasa ngantuk yang tidak boleh ditahan.

"Nanti kamu pula yang kena marah. Pergilah sekejap. Lepas itu, sambunglah tidur wahai permaisuri!" usik Zarimah dengan nada ceria. Betul juga, dibuatnya penerbit saya itu mengamuk mahu diamuknya satu pejabat. Tidak pasal-pasal kena hambur kata-kata laser dengan percuma. Sakit pula telinga ini nanti.

Saya pun bangun dan membetulkan apa yang patut. Mengambil cermin dan melihat wajah yang kelat. "Ada rupa macam orang bangun tidur tak?" bisik saya dalam hati. Sambil itu menyapu sedikit bedak biar nampak ceria. Nanti dikatakan pucat macam hantu. (Betulkan hantu itu pucat? Tidak pernah pula saya melihatnya. Simpang 44, janganlah bertemu dengan makhluk asing itu, menyeramkan!)

Dengan langkah lemah gemalai dan diiringi dengan ketukan kasut tinggi saya (hari siaran pagi saja pakai kasut tinggi sebab kena layan tetamu vvip. Takkan hendak pakai capal! Kalau hendak kena perli, beranilah pakai!) Saya menuju ke meja penerbit Cik Suria (belum kahwin- kira anak dara tua) dan melemparkan senyuman padanya.

"Ada apa Cik Suria?" ringkas soalan saya. Beliau memang suka dipanggil Cik. Tiba-tiba Cik Suria menghulurkan sehelai surat yang baru sahaja diterima. Kertas lembut itu (kerana ia dari kertas fax) saya sambut dan membacanya dengan asyik.

"Kamu pergi ke sana dan buatlah booking kamera dan kenderaan." katanya dengan nada biasa sahaja.

"Bulan puasa ni?" tanya saya dengan nada yang kurang tinggi. Bukan apa ,terperanjat. Kebiasaannya, dalam bulan puasa kami jarang pergi out-station kerana menghormati bulan puasa. Ini kerana sebelum puasa, kami sudah melakukan pelbagai rakaman termasuklah rakaman program hari raya. Cumanya, kalau ada aktiviti penggambaran pun hanya di kawasan yang berhampiran dengan pejabat. Itu pun adakalanya merasa penat yang tidak boleh digambarkan.

"Mengapa, kamu tidak mahu pergikah?" tanya Cik Suria sambil merenung wajah saya. Renungannya diselit dengan senyuman manisnya. Aduh! Ini betul-betul menguji kekuatan fizikal dan mental saya. Dan saya pula sukakan cabaran! Kalau tidak suka, sudah lama saya tinggalkan bidang ini.

"Hendak, siapa yang tidak mahu. Saya sudah biasa ke sana. Lagipun, saya sudah kenal orang-orang di Gunung Jerai." cepat-cepat saya menjawab bagi menyakin kepadanya yang saya ingin sedia berkhidmat. (Yalah tu!)

"Baguslah begitu. Semua sudah disediakan tempat tinggal dan makan. Cuma kamu kena uruskan yang lain." katanya sambil mengambil beberapa tape beta dan diberikan kepada saya.

"Ambil ini, erase isi di dalamnya. Bawa banyak sikit tape itu. Biar berlebih, jangan kurang." pesannya lagi. Saya hanya mengangguk dan mengambil tape beta yang di letakkan di atas mejanya.

Bagus juga pergi Gunung Jerai. Rindu rasa dengan tempat itu yang sejuk, pokok yang menghijau, pemandangan yang cantik. Boleh bertemu dengan pengurus resort itu lagi. Keseronakan menjelma dalam hati dan mata yang mengantuk tadi sudah hilang.

Lamunan terhenti dan saya pun akhirnya terlena sambil tersenyum. (Tidur dalam iman!)




(bersambung...)

Selesai Satu Masalah (bab 4)

Selepas menunaikan solat Isyak, saya melabuhkan diri di kerusi sofa yang agak uzur. Terasa nikmat berehat sungguh menggasyikkan sekali. Namun begitu, otak ini masih berligat memikirkan esok hari.
Pakaian yang hendak dibawa belum lagi dikemas. "Nantilah!" Satu perkataan yang sebenarnya tidak elok diamalkan. Tapi semangat hendak pergi macam sudah tiada dan rasa macam sudah hilang nafsu hendak bekerja. Tetapi apabila mengingatkan keindahan dan kesejukan apabila berada di Gunung Jerai, rasa tidak sabar pula menunggu esok. Ah! hati ini berbolak-balik.

Saya merenung siling rumah yang sememangnya siling zink yang bila waktu malam sejuk sementara waktu siang menyengat badan dibuatnya. Tiba-tiba, saya menyaksikan seekor tikus sebesar lengan saya berlari di palang kayu siling rumah itu. "Mak!!!..tiba-tiba saya menjerit terperanjat dan cepat-cepat menutup mulut yang ternganga besar. Sambil mengurut dada yang semakin sesak.
"Tikus ini tidak masa lainkah hendak bergurau dengan aku!" Saya berkata dalam hati supaya tikus itu tidak mendengarnya. Orang tua kata, kalau dimaki tikus alamak nanti tunggulah balasan dendam darinya. Tidak mahulah saya. Sudahlah koleksi buku saya banyak, tidak pasal-pasal nanti digigit dan dibahamnya buku-buku sebagai melepas dendamnya. Itu pun ada yang sudah dibahamnya dengan ganas! Apa tah lagi almari murah saya. Tidak boleh hendak menyimpan barang antik.

Rumah sewa yang diduduki itu adalah bersambung dengan tuan rumah dan dibuat dari papan, atap zink dan dinding batu. Hendak sewa murahlah katakan! Dan dekat dengan tempat kerja. Sedang asyik menyambung angan-angan dan hampir terlelap, kedengaran pintu di buka. Krekk!! bunyinya. Berderau darah! Terperanjat sekali lagi. Aduh! nasib baiklah jantung sihat. Kalau tidak sudah terpaksa panggil ambulan.

Rupa-rupanya, suami baru balik dari mengerjakan solat Isyak dan terawih (saya sahaja malas, badan tidak larat kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja sebelum pergi out-station) . Saya duduk dan melihat suami tersenyum. (ini mesti ada berita baik yang hendak dikatakannya).

"Betulkah esok tiada siapa yang hendak temankan?"

Saya hanya mengangguk dan buatlah muka sedih (sebenarnya penat). Suami duduk di sebelah saya.

"Baiklah!"

"Apa yang baik?" tanya saya kerana tidak faham apa yang dimaksudkannya.

"Baiklah, esok abang temankan awak pergi ke Gunung Jerai!" Itu dia jawapan penuh dari suami saya. Saya merenung suami seperti mamai (kerana baru lepas berangan).

"Awak dengar atau tidak?"

"Oh!!! Jadi abang hendak temankan saya!" kata saya separuh menjerit kerana gembira yang tidak terhingga.

"Kalau begitu, biar saya berkemas dahulu. Lepas itu kita keluar makan, saya belanja abang!"
Kata saya dengan girang dan terus melompat dari sofa,bergegar sikit sofa itu.

"Betulkah? Selalunya awak belanja, saya yang kena bayar!" ujar suami sambil membuka kopiahnya lalu di letakkan di atas meja.

"Betul kali ini saya belanja! Cakap sahaja hendak makan apa? Kiranya kita bersahur sekalilah!" kata saya dengan nada yang ceria dan bersemangat. Alhamdulillah selesai satu masalah.

Saya pun mengemas beberapa helai t'shirt lengan panjang, seluar panjang, telekung dan beberapa alat yang lain. Ini termasuklah baju dan keperluan suami. Tidak lupa kasut sukan (itulah kasut yang sesuai hendak panjat gunung, takkanlah hendak pakai kasut tinggi! Tidak masuk akal. Lagipun tiada siapa yang hendak lihat saya bergaya macam model di Gunung Jerai itu)

Rasa tidak sabar menunggu esok. Gunung Jerai! Nantikan kedatangan daku yang kali ke tiga! (Saya menjerit dalam hati)

(bersambung.....)

25.4.07


Rahsia di Peti


jalinan mesra berpadu
ku curahkan kisahku
kau luahkan cita-citamu
digabungkan jadi semangat


rahsia mu tersingkap
rahsia ku terungkap
tersimpan rapi di peti
tiada siapa berani selongkar


gelisah hati ini
ramah ku melepasi batas
kau tersenyum ceria
ujar mu, “saya suka!”


suatu masa hati tersentak
kau berikan satu susulan
adakah salah bicara ku
keputusan mu sebegitu


kau senyum lagi
bukan aku penyebabnya
azam hijrah tekad di ambil
meski pulangan belum tentu mewah


bukan saja hati ini merintih
hati-hati lain turut bersendu
pergilah sahabat
redha ku bersama redha mu
di iringi doa kasih sayang.



saridahamid
25 april 2007 (9.45am)

Usah dikenang

kenangan mengusik jiwa
bersama si dia jelita menawan
teringat senyuman di bibir
terukir dalam apa jua masa

hijrahnya mawar ke daerah baru
usahlah dikenang lagi
biarlah dia bahagia
bersama cita murni sejati

barisan yang teguh
teruskan perjuangan
tingkatkan semangat
padukan hati

pohon kepada-Nya
kukuhkan gerak gempur
usah di risau sokongan
bantuan pasti dikirimkan
ranjau juang mesti diteruskan
meski ditusuk kenangan lalu



saridahamid

25 april 2007

24.4.07

22.4.07


Esok hari di daerah itu

Hari-hari terakhir di daerah ini
tinggal palitan kenangan pengalaman
hidup mengajar kedewasaan
muktamad teguh di hati

Di daerah itu nanti
keringat tertumpah berbakti
keluarga bahagia di sisi
simekar kembali bersatu

saridahamid
22 april 2007

21.4.07


Hanya Sebentar

Hanya dua waktu berlalu
kenal dan mesra
lahir bibit kasih sahabat
erat sehati sehaluan

semangat jitu berpadu serasi
coretan ilmiah kini terbukti
selangkah demi selangkah
atas rangsangan sokongan dari mu

kini kau bersama cita-citamu
memisahkan dua daerah
tanggungjawab mu diutamakan
tekad kau perjuang

namun aku rasa gundah
bicara ku bimbang tersalah
tapi kau senyum selesa
niat mu penuh nekad

kau ingin impikan kejayaan
sahabat teruslah berjuang
bagi meruntun hati yang mekar
seharum cempaka merebak wangi
membawa angin bahagia

walau hanya sebentar
mesramu tetap dalam lipatan
kenangan jiwaku


saridahamid
3 rabiulakhir 1428/21 April 2007


Terasa hendak berpuisi

Minta maaflah bagi sahabat yang hendak tahu kesudahan cerita yang bersiri. Minggu ini terasa hendak berpuisi bagi merawat hati yang rawan. Namun begitu, saya berjanji akan menyambung siri itu sehingga selesai. (sabarlah ye!...)

Lagipun, saya didesak rasa tanggungjawab supaya menghabiskan manuskrip yang perlu dihantar secepat mungkin. Maka coretan puisi sahaja yang mampu dititipkan bagi mengisi kesunyian blog ini...doakan saya dapat menghabiskan kerja yang tiada penghujungnya. Amin.

20.4.07


Hati di Musim Luruh


Hatiku tersentuh
Bila di sapa sahabat
bersama utusan pedih
mendera rasa
Jiwa kalbu sahabatnya


Hatiku tersayat
Bisikan bisa tajam menyusuk
Titipan coretan menyentuh rasa
Nilai cemburu dan kebencian


Hatiku tergores
Tidak sedikit parah
Kental dan padu
Jiwa bergabung
Atas nama kekasih...


Hatiku terubat
Kekasih di samping
Memujuk merayu
Membina harapan
Teruskan perjuangan
Walau berduri di jalanan...


Berlalulah Musim Luruh...



saridahamid

2 rabiaulakhir 1428/20 april 2007

18.4.07


Sahabat, Kekasih dan Teman (bab 3)

Kekasih yang ditunggu pun tiba. Hari itu, kami bercadang hendak berbuka puasa di sebuah restoran yang glamour (tapi tidak berbintang) yang menyajikan ayam bakar yang digolek-golek di atas bara api. Terkenal dan murah. Lagi pun, esok saya hendak berangkat luar daerah. Malas pula hendak masak. Tengah pening dan mood pun berkurangan. Makan di kedai sahajalah!

Petang itu ramai yang memenuhi meja di restoran itu. Nasib kami baik kerana masih ada meja kosong. Jam di tangan menunjukkan lagi 20 minit hendak masuk waktu berbuka. Saya termenung. Masih memikirkan masalah yang tidak selesai. Tidak mengapalah, pergi sahajalah. tidak mahu menyusahkan orang lain. Saya masih berfikir dan terus berfikir. Rasa macam hendak pecah otak!

"Apa yang ditenung itu? Sudah tidak sabar lagi hendak berbuka. Ayam golek itu tidak lari ke mana. Sekejap lagi datanglah dia." Suami saya memecah kesunyian. Saya tersentak sebentar. Memang saya sedang merenung ayam yang sedang digolek-golek itu tapi tidaklah sampai membayangkan betapa enaknya ayam golek itu. Tetapi memikirkan perkara yang tidak selesai.

"Esok, abang cuti atau kerja?" adakah soalan tidak bijak keluar dari mulut saya. Suami saya memang bekerja setiap hari, manalah dia ada cuti kecuali hujung minggu atau cuti umum.

"Awak ini tengah mimpi atau berkhayal. Memanglah saya kerja. Kenapa?" suami saya memandang dengan wajah kelat ke wajah saya yang semakin suram. Bulan puasa, malas hendak cakap banyak-banyak. Tetapi terpaksa juga bercakap. Orang belajar komunikasi lah katakan, kenalah pandai komunikasi terutama dengan suami. Mesti pasang strategi! (heh! heh!-gelak dalam hati).

"Abang tahukan, esok saya hendak ke Gunung Jerai. Semuanya sudah siap tiada yang kurang. Duit pendahuluan pun sudah ada dalam tangan. Tempat tidur sudah diatur, makan dan minun semuanya beres. Pokoknya, semuanya sudah disediakan. Krew yang hendak ikut pun sudah disediakan dan pengangkutan pula tiada masalah." kata saya dengan panjang lebar.

"Habis tu, apa pula masalah awak. Termenung macam kehilangan emas pula?" tanya suami saya sambil menyusun pinggan-pinggan yang di hantar pelayan termasuklah ayam golek. Emm..baunya sungguh menggoda! Ah! tidak sabar hendak berbuka puasa.

"Tidak adalah masalah besar..." tiba-tiba azan maghrib berkemundang dari surau yang berdekatan. Suami saya memberi isyarat supaya berbuka puasa dahulu. Saya hanya menggangguk. Berbuka tidak boleh dilambat-lambatkan. Kami pun makanlah nasi dengan ayam golek yang sungguh menyelerakan!

Apabila selesai berbuka puasa dan yang tinggal hanya rangka-rangka ayam. Emm sungguh kenyang. Otak yang sesak, sudah terasa ringan. Tapi perut pula rasa berat. Memang tidak boleh kawal kalau berbuka puasa. Setelah selesai baca doa selepas makan (sebelum makan tadi sudah dibaca doa berbuka puasa..)

"Apa yang awak hendak katakan tadi. Ada masalahkah esok?" tanya suami sambil membuka pintu kereta. Perlu segera balik ke rumah kerana mengejar waktu maghrib. Saya tidak menjawab pertanyaan suami kerana terpaksa penat disebabkan kekenyangan.

"Katakanlah!" saya tersedar yang saya belum menjawab pertanyaan suami.

"Begini, inikan bulan ramadan. Abang kamera itu kata, saya elok bawa teman pergi out-station kali ini. Buat peneman. Tapi masalahnya, siapa yang hendak menemankan saya?" saya menyuarakannya dengan nada sedih (kononnnya menagih simpati dari suamilah tu!).

Kami pun sampai ke rumah. Persoalan yang dibincangkan dengan suami belum terlerai. Apakah jawapannya?

(tunggu!!........)



16.4.07


Panggilan Gunung Jerai (bab 2)

Petang itu setelah selesai membuat persiapan barang-barang yang perlu dibawa untuk esok, saya melepaskan penat. Hari kerja di bulan Ramadhan memang mencabar. Nasib baiklah duduk dalam suasana di hembusi dengan angin pendingin hawa yang nyaman. Saya membelek-belek lagi kotak yang berisi tape beta di atas meja. Ada enam semuanya. Cukuplah itu. Tape beta adalah elemen penting dalam membuat kerja-kerja shooting (ambil gambar bukan menembak yeh!). Kalau tidak ada tape beta, baik tidak usah pergi. Mahunya kena bambu dengan abang kamera. Ialah kalau tidak dibawa tape beta, dengan apa hendak diambil gambar dan direkodkan gambarnya. Takkan dengan kamera biasa kot. Kalau hendak kena amuk dengan boss, buatlah kerja bodoh itu!

Sementara menanti pak we datang ambil. Kepala makin pening. "Siapalah yang hendak aku ajak," itu dialog dalam hati. Persoalan itu tidak saya ajukan kepada sesiapa. Kawan sepejabat masing-masing sedang sibuk memikirkan apa yang hendak di makan semasa berbuka puasa. Jadi kalau saya lontarkan soalan itu, mahunya saya kena pulau. Sebabnya tidak masuk tajuk. Orang sedang seronok fikir hendak makan apa hari ini, saya pula sibuk hendak tanya siapa yang hendak ikut saya shooting ke gunung. Siapa yang gila hendak pergi shooting dalam bulan Ramadhan (kecuali sayalah tu!).


"Saya dengar kamu hendak shooting ke Gunung Jerai, betulkah?" soal Leman dengan senyum kambingnya. Saya memandangnya sambil menggangguk lesu (penat sedang berpuasa)

"Wah! baguslah! Hebatlah kamu ini!" banyak pula pujiannya. Ini mesti ada maksud yang tersirat. Hati saya menganggak.

"Boleh pesan tak?" katanya tersenyum sambil mengusik kotak tape beta saya yang sudah saya tutup dengan pelekat warna putih. Saya sudah agak, ada makna pujiannya!

"Apa dia? " soal pendek dan ringkas dari saya.

"Kamu pergi shoot gambar bunga tulip kan?" tanyanya sambil menggaruk kepalanya yang botak.

"Macam mana kamu tahu? Cepat benar berita tersebar. Sudah tidak rahsialah misi saya kali ini," Saya mendongak melihat Leman yang tergaruk-garuk kepalanya lagi.

"Nanti tolong bawakan aku buah tangan."

"Bunga Tulip?"

"Yalah!"

"Mana boleh hidup di sini. Bunga tulip hanya tumbuh sihat di tempat yang sejuk. Apa kamu hendak tanam bunga tulip dalam pejabat inikah?" Saya sengaja menimbullkan kontroversi.


Malas hendak layan mamat seorang ini. Selalu sahaja banyak pesanan komersialnya. Sudahlah saya tengah pening memikirkan siapakah yang hendak dibawa bersama dalam misi saya ini. Kalau hendak diharap kawan pejabat, mereka lebih suka berada di rumah dan kalau boleh tidak keluar ke mana-mana dalam bulan Ramadan. Duduk pejabat lagi bagus. Hendak ajak penerbit saya, lagi tidak mahunya. Mesti dia hendak berbuka dengan keluarga dan mengerjakan solat terawih di rumahnya.


"Ya Allah! berilah daku ilham!"


(bersambung......tunggu!!!!)

14.4.07


Benarkah Wanita Besi?

Apabila dikatakan wanita itu seorang wanita besi, apakah yang digambarkan dalam fikiran kita? Adakah badan wanita itu dilingkungi besi? Atau urat sarafnya adalah diperbuat dari besi? Atau tenaganya yang macam besi? Atau ada persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh kita....(apakah dia?)

Pelbagai tanggapan diberikan kepada mereka yang digolongkan sebagai wanita besi. Pernah kawan beritahu,

"Hendak tahu, kakak tu mempunyai urat besi."

Tercengang saya sebentar. Benarkah ada wanita yang mempunyai urat besi. Saya pun melontarkan soalan tidak bijak, "Benar?"

Kawan saya itu hanya tersenyum dan memandang saya sambil menggangguk-angguk. Entah apa yang dia angguk pun saya tidak tahu. Saya masih menantikan jawapan mendalam darinya.

"Kamu ini, tak kan tak faham-faham!" dia pula tanya saya balik dan menganggap saya sudah faham. Pelik betul budak ini. Dia yang cerita tidak habis dikatakan saya tidak faham. Kurang ilmu komunikasi betul.

"Kamu yang cakap tidak sempurna. Sekerat-sekerat. Ceritalah dengan lengkap."

Dia tersenyum dan menarik kerusi yang berada di hadapan saya. Kami duduk bertentangan mata. Mula hendak mengata!

"Semalam saya dan boss saya (wanita yang dikatakan urat besi itu) baru sahaja pergi recee ( tinjau lokasilah). Malam tadi baru sahaja balik. Saya kagum dengan boss saya itu. Dia sebagai boss di sini tidak pernah menunjukkan yang dia penat. Pagi-pagi sudah muncul di pejabat ini. Saya pula baru sahaja sampai."

"Kenapa kau lambat?"

"Malam tadi pukul 12 malam baru tiba rumah. Boss kata saya boleh datang lambat pagi ini. Tapi tengok dia pula datang awal seperti biasa. Terasa malu pula. Dia tidak rasa penatkah? Saya yang masih muda ini, dah macam nak pancit." kata kawan saya sambil menulis sesuatu di kertas terpakai.

Terlibat dalam bidang penyiaran menuntut tenaga yang banyak. Banyak kerja yang perlu dilakukan bagi menyiapkan sesuatu program. Saya akui kerja-kerja penyiaran memang mencabar! Bagi sesiapa yang hendak mencabar dirinya bekerja dalam bidang yang lasak, inilah ruang kerjanya. Saya sudah mengalami selama lima tahun dalam bidang penyiaran.


Berbalik kepada boss kawan saya itu, tidak hairanlah sekiranya dia dengan cepat naik pangkat. Gerakerjanya memang saya tabik! Sungguh teliti dan sempurna supaya program yang hendak diterbitkan itu berkualiti. Dan bekerja dalam bidang ini banyak menuntut pengorbanan dari diri kita.


Saya dulu pernah juga jadi wanita besi (sekarang sudah jadi wanita aluminium saja!). Kerja-kerja lasak dilakukan seperti kaum lelaki. Selalu sahaja berada di luar daerah (nasib baiklah dapat suami yang sporting!) dan jangan tak percaya, saya pernah tiga kali 'out station' dengan krew ke Gunung Jerai. Ini bermakna sudah tiga kali saya panjat Gunung Jerai(boleh dikategorikan pecah rekod tak?)


Tahu atau tidak Gunung Jerai itu dimana? Kalau orang Kedah mestinya tahu! Ada sekali itu saya dan krew 'dipaksa' buat liputan ke Gunung Jerai semasa bulan Ramadan! Rasa hendak menangis ketika itu. Bayangkan bulan Ramadan hendak pergi 'shooting'. Terpaksalah hendak buat macam mana.


"Tiada waktu lainkah hendak pergi 'shooting'? tanya abang kamera kepada saya. Saya terpaksalah buat senyum kambing sambil membelek beberapa tape recorder yang hendak di bawa keesokan harinya.


"Nak buat macam mana bang, sudah boss suruh, pergi sahajalah. Takpalah bang, nanti saya belanja abang dan abang-abang yang lain, kita berbuka bersama." Saya sedekah senyum pada abang kamera itu. Saya cuba menenteramkan hati abang kamera yang mungkin sudah gundah gelana. Mungkin dia ada rancangan dengan keluarganya. Saya juga ada rancangan dengan pak we saya (suami) tetapi hendak buat macam mana.


"Hanya pada bulan ramadan sahaja yang bunga tulip itu berkembang. Terpaksalah ambil gambarnya. Abang jangan risau, tempat tidur dan makan sudah disediakan. Kita tidur di hotel lima bintang. Mesti abang suka punya." Kata saya menyedapkan hatinya.


"Habis kamu pergi sorang sahaja kah?" tanya abang kamera lagi. Saya hanya mengangguk sahaja. Biasalah kalau kerja dalam bidang penyiaran. Bila keluar dengan krew, semuanya lelaki mana ada 'kamera girl'. Dunia ini dikuasai lelaki. Cumanya wanita sahaja yang bertindak sebagai penerbit atau penolong penerbit.


'Macam inilah, abang nasihatkan kamu bawalah suami atau adik beradik yang lain sebagai peneman. Tidak baik. Kamu itu perempuan, kami ini semuanya lelaki." Baik juga abang kamera ini. Saya lihat wajahnya, adalah sejemput janggut (ikut sunah Nabi Muhammad s.a.w). Betul juga katanya. Lagipun ini bulan ramadan dan terpaksa pula berada di Gunung Jerai yang sejuk dan nyaman selama tiga hari. Saya pun mengangguk-angguk tanda setuju. Dalam hati, siapa pula yang hendak diajak kali ini. Suami? Atau adik? Atau kawan? Hendakkah mereka temankan aku dalam keadaan suntuk ini? Aduh! Pening kepala.


(Tunggu sambungannya......(panjang benar hendak tulis)



12.4.07

Dakyah orang Kristian!

MAKLUMAT TERBARU !!!!!!!!! SEKARANG INI KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN. 19 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI.

MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI-HATI DENGAN JENAMA (AIR MINERAL), 1. ALBARAKAH 2. AL-MANSOR 3. AL-BISTARI.

SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIBELI. SEMUA AIR-AIR INI SUDAH DICAMPUR DENGAN “HOLY WATER” . TOLONG SEBARKAN PESANAN INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, SAHABAT, SAUDARA MARA DAN DAN LAIN-LAIN .

SEMOGA UMAT ISLAM DILINDUNGI ALLAH DARI SYAITAN YANG BERWAJAH MANUSIA. AMIN.
Anak Enam ! (Bab terakhir)

Saya merenung wajah kawan saya dengan senyum kelat. Dalam hati berkata,(nasib baiklah dia tidak dengar, tapi Allah maha mendengar) mengapakah kawan saya yang dulu cun dan anggun kini berubah? Mengapakah dia menjadi begini? Soalan-soalan yang saya lontarkan dalam hati tiada jawapan. Ini mesti ditanya secara zahir. Tanya terus pada tuan punya diri. Jangan mengumpat dalam hati, tidak baik.

"Hendak makan apa? Pesanlah, saya belanja," kata saya kepada kawan saya yang juga seperti saya saling renung merenung antara satu sama lain sambil melemparkan senyum kambing.

Kawan saya itu seolah-olah terperanjat dari lontaran soalan saya itu. Dia terkebil-kebil. Dan saya pun menghulurkan menu kepadanya. Dia mengambil tanpa sebarang pertanyaan.

"Saya hendak makan nasi campurlah," katanya kepada saya yang tidak habis-habis memandang wajah kawan saya yang sekian lama tidak bertemu. Saya hanya mengangguk.

"Mari kita perti ke sana. Boleh pilih lauk yang berkenan di hati."

Kami pun bangun menuju ke deretan lauk pauk yang pelbagai jenis. Saya memilih ikan bakar dan sayur. Tidak lupa pencicah ikan bakar. Nasi pula separuh sahaja (hendak jaga badan). Sementara kawan saya itu, dia mengambil sayur dan ikan bakar dan juga seketul ayam goreng. Saya pun berlalu tanpa menunggu kawan yang masih belum habis memilih menunya.

Saya menunggu kawan di meja. Masih menunggu. Kenapa pula lambat sangat dia ini? Selepas 10 minit, kawan saya itu pun tiba dengan memegang dua pinggan. Saya tercengang tapi tidaklah menunjukkan yang saya ini dalam kehairanan. Dalam hati, (biar betul kawan aku ini! sudah berapa hari dia tidak makan?)

"Minta maaflah! Saya tidak boleh menahan gelora melihat makanan yang sungguh sedap!" kata kawan saya sambil menadah tangan (membaca doa makan) dan saya pun mengaminkannya.

Terbeliak mata apabila melihat pinggan kawan saya itu. Membukit isi pinggannya. Bolehkah habis? Ini tidak boleh jadi, saya harus dan wajib bertanya dengannya.

"Banyaknya ambil makanan? Boleh habiskah?" Soalan maut dari saya dan saya tidak peduli apa pandangannya. Dan dari dulu, kami memang tiada sifat selindung. Kalau hendak bercakap hendaklah terus terang. Kalau hendak tegur, biarlah berdepan dan jangan dibelakang (itu sudah kira mengumpat). Saya pula jenis terus terang dan faham kawan saya itu tidak akan berkecil hati.

Kawan saya itu hanya mengangguk dan terus mengunyah dan menelan makanannya. Sedangkan saya belum lagi memulakan sesi mengunyah.

"Makanlah, jangan tidak makan!" Tegur kawan saya apabila dia melihat saya asyik melihat dia makan tanpa menyentuh makanan saya.

Saya dengan lemah lembut memulakan makan. Sambil makan, sambil merenung kawan yang makan tanpa bercakap dengan saya.
"Apakah yang kamu buat semenjak kita tidak berjumpa?" tanya saya tidak sabar. Saya bimbang pertemuan itu tidak menghasilkan cerita apa-apa mengenai diri masing-masing.

"Pernah bekerja di restoran, jadi pengurus. Ala, restoran keluarga." katanya sambil terus mengunyah nasinya dengan penuh selera. Saya pula mencubit ikan bakar sambil mencicah kuahnya dan kemudian digaul dengan nasi dan terus disuap ke dalam mulut.

"Ooo, macam mana bisnes?" soalan pendek dari saya. Saya lihat dia hanya menggeleng sahaja tanpa ada jawapan.

Saya pun mendiamkan diri dan terus berusaha menghabiskan nasi di pinggan. Tetapi entah kenapa selera tidak ada. Ikan bakar terasa macam pahit sahaja di tekak. Akhirnya saya tidak dapat menghabiskan makanan di pinggan.

"Mengapa tidak habis? Tidak baik, itu rezeki!" kata kawan saya.
'"Boleh saya ambil?"

Saya terperanjat. Tidak berubah kawan aku ini! Saya teringat semasa sekolah menengah dahulu. Kawan saya ini memang senang dibuat kawan. Tidak cerewet dan tidak mudah ambil hati. Tapi satu sahaja kelemahannya, pantang nampak makanan. Kalau makanan kita tidak habis, dialah orangnya yang menghabiskan makanan. Katanya, "tidak baik, itu rezeki!" Saya akui kenyataannya. Tapi kalau tidak ada selera macam mana hendak habiskan.

Saya juga hairan, bagaimanalah seleranya sentiasa baik walau dalam keadaan apa sekalipun. Ini yang saya masih kagum dengannya.

"Mengapakah kamu nampak lain?" tanya saya, seperti soalan yang tidak bijak keluar dari mulut saya.

"Lain macam mana? Saya seperti dulu setelah kita berpisah selepas masing-masing sudah berkahwin," katanya sambil minum air sirap yang tinggal separuh.

"Saya nampak kamu macam sudah jadi mak cik sahaja!" Akhirnya keluar juga kata-kata tidak sopan dari saya. Memang benar apa yang saya kata, penampilan kawan saya itu seperti emak saya atau emak mentua saya. Seperti orang tua yang sudah punya cucu. Sedangkan usia kami saya dan masih belum dikatakan usia menapouse pun.

"Saya sudah punya anak enam!"

Saya terlopong mendengarnya. Nasib baiklah lalat tidak masuk ke dalam mulut. Saya memandang kawan dengan hairan. Tapi kalau anak enampun takkanlah wajah pun macam orang tua. Sudah itu, kawan saya yang dahulu langsing kini kelihatan seperti bertentangan (malas nak cakap).

"Kamu walaupun sudah anak enam, sepatutnya jagalah penampilan kamu itu. Kita kan masih muda. Saya tengok kamu seperti makcik-makcik sahaja. Sebab itu tadi saya tidak berapa kenal dengan kamu." Saya jujur menasihati kawan saya itu. Risau pula di hati ini melihat imejnya yang jauh berubah selepas berkahwin.

Selama sejam, (nasib baik mamak restoran itu tidak menghalau kami-lambat benar makannya) kami berbual dan bertukar cerita. Adalah beberapa gelas air yang tersusun rapi di atas meja. Akhirnya pertemuan tamat dan kami masing-masing balik ke haluan yang berlainan.

Saya masih tidak percaya apa yang saya alami dengan kawan saya itu. Masa berlalu dengan cepat dan manusia sendiri banyak perubahan. Semoga saya tetap sebegini. (Amin)

(Cerita di atas tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah menjadi arwah. Cerita sekadar rekaan bagi dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama....Minta maaflah kalau terasa!)

9.4.07

Inikah kawan ku? (bab dua)

Hari yang dijanjikan bagi pertemuan dua kawan yang sudah lama tidak bertemu, akhirnya tiba. Seperti biasa, menyiapkan diri dengan rapi. Dengan izin suami tercinta dan suami jugalah yang menjadi penghantar setia kekasihnya ini sekiranya hendak ke mana-mana.

Sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikan iaitu di sebuah restoran yang tiada bintang. Saya memilih sebuah meja kosong yang berhadapan dengan pintu masuk. Keadaan dalam restoran itu agak sibuk kerana sudah hampir waktu makan tengahari. Nasib baik datang cepat. Kalau tidak terpaksalah berdiri di luar sementara menunggu meja kosong.

"Hendak minum apa?" tanya pelayan lelaki.

"Limau ais." jawapan yang ringkas.

"Makan?" pertanyaan mudah dari pelayan.

Saya menggeleng kepala. Sementara menunggu kawan lama datang, saya mengeluarkan novel bagi menghilangkan rasa bosan. Kemudian, air yang dipesan sudah berada di atas meja tanpa disedari. "Bila pula air ini ada atas meja!" Saya meneruskan bacaan.

"Assalamualaikum!" Kedengaran suara halus di cuping telinga saya. Tersentak sebentar dan buku yang dipegang pun terlepas. Saya mendongak dan memandang tubuh yang kini berada di sisi.

Saya memandangya dengan wajah berkerut. "Siapa pula wanita ini?" bisik hati saya. Otak mula bergerak bagi mengenal pasti wajah yang berada di hadapan ini. Ah! Tidak kenal? Siapakah wanita ini?

"Mualaikumussalam!" jawap saya setelah terhenti beberapa saat. Terasa kaku mulut hendak berkata. Namun begitu, senyuman manis dilemparkan kepada wanita yang kini sudahpun duduk di hadapan saya.

"Apa khabar?" tanya wanita itu.

"Khabar baik." jawapan ringkas dari saya dan masih lagi kebingungan.

"Tidak kenalkah? Saya...... Mengapa tidak percaya?"

Saya masih terpana apabila wanita yang berada di hadapan saya ini. Nama yang disebut itu memang saya kenal. Tetapi, fizikalnya tidak membayangkan itu namanya. Eh! Apa yang saya merepek ini.

"Kamukah.....?" tanya saya seolah-olah tidak percaya dengan wanita yang berada di hadapan. Adakah itu kawan aku? Sungguh berbeza perwatakannya. Sungguh tidak diduga. Sungguh tidak disangka.

Berapa banyak sungguh!!!

(tunggukan sambungannya.....sekiranya hendak tahu kesudahannya....)

Kamukah kawan! (bab 1)

Sedang asyik membelek-belek buku yang hendak dijadikan bahan rujukan dalam penulisan, tiba-tiba bunyi deringan telepon bimbit. Mencari-carinya, "Mana pula telepon ini?" Ke hulu ke hilir mencarinya, dan pencarian itu berakhir. Rupa-rupa, telefon bimbit berada di bawah buku-buku yang bersepah di atas meja makan, di ruang tamu. Tersenyum sendiri.

"Siapa pula telepon? Nombor ini macam tidak kenal?" Membiarkan deringan itu terputus sendiri. Malas hendak melayan nombor-nombor yang tidak dikenali. Jika dilayan, keluarlah suara India, suara Cina. Memenatkan jejari menekan.

Pencarian maklumat diteruskan. Buku-buku yang tersusun cantik dalam almari berselerakan. Ini kalau dilihat suami mesti kena marah. Tidak apa, nanti boleh kemas balik. Deringan telepon bergema kembali. Dibiarkan sahaja. Kemudian senyap sendiri. Dan ia kembali berbunyi.

"Ya Allah! Mengapa mesti dia berbunyi lagi?" Bercakap seorang diri. Tiada siapa yang akan menjawabnya. Deringan bergema lagi. Dengan rasa malas, mengambil telepon itu dan menekan punat terima panggilan.

"Hendak bercakap dengan siapa?" Garau suara, macam marah sahaja tetapi sebenarnya tidaklah marah.

"Ini........?" Kedengaran suara wanita di hujung sana.

"Benar. Siapakah itu?" Suara garau bertukar menjadi lembut. Siapa pula yang telefon dan macam mana dia mendapatkan nombor ini. Persoalan demi persoalan mula mengasak di kepala. Aduh! Buat pening kepala sahaja.

"Tidak kenal kita lagikah? Kawan lama....." Suara wanita itu seolah-olah melemparkan senyuman mengejek. Macamlah nampak. Tapi boleh digambarkan melalui nada suaranya yang ceria sahaja. (macam tukang tilik pula!)

"Ooooooo!" Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut. Terlopong mulut ini. Tidak sangka kawan lama yang sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa, tiba-tiba telefon. Itu yang membuat terkejut, nasib baik tidak ada sakit jantung.

"Apa khabar? Mimpi apa, telefon ini?" Adakah itu soalan yang keluar dari mulut ini. Sungguh kurang sopan!

"Khabar baik. Takkanlah sudah mimpi, baru hendak telefon."

Alamak! Malunya. Jatuhlah imej sebagai selembut wanita. Itulah akibatnya kalau ikut perasaan teruja yang tidak terkawal. Sudah lama tidak mendengar suara manja dari sahabat lama. Mulalah terkenang-kenang peristiwa manis dan kelat semasa bersama dengannya.

"Bolehkah kita berjumpa? Saya rindu kepada kamu, orang Indon kata, kagan gitu!"

Sejak bila pula kawan saya belajar bahasa Indon.

"Kamu masih berada di sana?" Kedengaran suara kawan wanita saya itu seperti menjerit membuat lamunan saya terhenti. Banyak sangat melamun.

"Saya dengar! Kamu sihatkah?" Soalan pendek keluar dari mulut saya. Tiada soalan yang cepumas atau yang menarik.

"Sihat! Bila kita hendak berjumpa?"

"Bila-bila pun boleh!" Saya menjawab dengan ringkas.

"Baiklah, apa kata kita jumpa minggu hadapan."

Saya mengiyakan sahaja cadangannya. Kami berbual seketika dan mengambil kata putus akan menyambung cerita yang tidak penamat itu semasa pertemuan kami nanti.

-sambung...sabarlah menanti sambungannya..(sekiranya tidak sibuk)

8.4.07

Sukar mencari novel cinta Islam
(selain ayat-ayat cinta)

Minggu lalu, berkunjung ke salah sebuah pusat membeli belah yang lima bintang dan juga digemari oleh orang-orang yang menjaga status. Saya yang tidak ada status, tetapi biasa-biasa sahaja, sengaja berkunjung ke tempat itu bagi mencari cerita baru mengenai insan moden hari ini.

Tempat itu memang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya remaja dan juga orang dewasa yang mencari cinta(benarkah begitu) termasuk juga para pelancong yang pelbagai bahasa turut memeriahkan hari minggu di kompleks membeli belah itu.

Tujuan utama adalah hendak menjenguk kedai buku yang terbesar dan terkenal di kompleks itu. Malangnya ia bukan milik bumiputera malahan dari negara belah timur. Ingatkan tiada buku-buku terbitan PTS di situ. Ini kerana sebelum ini, pernah datang di awal pembukaan kedai buku itu. Hendak melihat buku-buku Bahasa Melayu, memanglah tidak ada langsung. Buku yang paling banyak, bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan Mandarin dan lain-lain.

Tetapi kunjungan kali ini, deretan buku-buku Malaysia sudah ada termasuklah buku-buku PTS. Namun begitu, buku-buku PTS banyak tajuk-tajuk yang lama. Tajuk-tajuk baru tidak pula kelihatan, kalau ada pun sedikit sekali. Tetapi yang pastinya, buku-buku terbitan PTS banyak sekali di pamerkan di rak-rak buku yang sudah dikhaskan bagi buku Bahasa Melayu.

Tidak lama di kedai buku itu dan masa juga tidak mengizinkan. Pengunjung semakin ramai dan kepala pula sudah pening (tidak boleh lihat orang ramai dan suka shopping bila orang tidak ada), ambil keputusan membeli sebuah buku bagi menajamkan otak yang semakin tumpul. Berkat pergi bengkel sifu mengenai lateral thingking dan mengenali individu Edward de Bono, lalu dicapai juga buku tulisannya yang bertajuk "Belajar Berfikir", (selama ini berfikir juga tapi berfikir macam mana hendak tulis buku!).

Ingatkan hendaklah 'memborong' beberapa buah buku yang lain, tetapi apabila memikirkan pesta buku antarabangsa tidak berapa lama lagi dan tentunya ada potongan istimewa, hasrat itu dibatalkan.

Berjalan ke arah pintu keluar tetapi masih lagi menjeling deretan kedai-kedai yang menarik hiasannya dan akhirnya menjejakkan kaki ke kedai buku yang menjual surat khabar, majalah, dan juga buku cerita. Akhirnya, terpaksa capai sebuah novel yang mana pengarangnya pernah dikenali dan berjumpa. Ingin melihat hasil karyanya yang dikatakan gah! Melayang duit RM20.00. Tidak mengapa buat koleksi novel di rumah.

Apabila tersadai di rak buku selama beberapa hari, tiga hari lalu tergerak hendak membaca novel itu. Novel itu dikategorikan dalam novel popular. Ini bermakna nilai sasteranya tiada seperti yang pernah dibincangkan dalam satu bengkel dahulu. Mula-mula membaca, sudah dijangka yang buku ini jalan ceritanya sama sahaja dengan novel-novel popular yang pernah dibaca sebelum ini. Hasilnya menghampakan juga.

Sukar hendak mencari novel cinta yang memelihara nilai-nilai Islam. Novel yang saya baca itu, heroinnya walaupun bertudung, tetapi mudah diajar keluar oleh dua orang lelaki yang bukan muhrim dan silih berganti. Dan watak heroin itu tidak boleh dibuat contoh yang baik kerana kasar dengan ibunya yang suka membebel. Tiada nilai wanita berbudi dan juga suka mengumpat walaupun dalam hatinya.

Nilai-nilai wanita Islam tidak langsung ditonjol dengan baik (hanya bertudung dan tidak lupa sembahyang). Masih digambarkan wanita itu hanya suka berfikir pasal lelaki dan cari jodoh sahaja. Tiada perkara lain yang difikir oleh wanita yang berkerjaya.

Tidak tahulah. Mungkin penulis teruja mempunyai peminat yang ramai dan masih hendak pertahankan jalan cerita sebegitu yang pada pandangannya masih diminati oleh peminatnya. Bagi saya, sudah jemu dengan tema sebegitu.

Teringat dengan novel 'Imam', tulisan Abdullah Hussain, yang kini novelnya dijual dengan harga mencecah RM 50.00. Novel itu menjadi rebutan para pengunjung perpustakaan tempat bekerja dahulu. Jalan cerita cukup menarik dan ada nilai sastera. Bagi yang belum pernah mendengar dan melihatnya, belilah di pesta buku nanti. Tukarlah pembacaan novel popular ke novel yang sarat dengan nilai sastera. Dari situ, boleh memperkaya bahasa dan sastera.

7.4.07


Hak Kita Sebagai Pengguna

Kita semua adalah pengguna. Pengguna yang mempunyai hak. Tahukah kita apakah hak kita sebagai pengguna. Mungkin ada di antara kita yang tidak ambil peduli mengenai hak sebagai pengguna. Kita malas hendak mengambil berat. Sedangkan itu perlu diambil kira oleh kita. Di sini saya ingin berkongsi maklumat. Bagi yang belum tahu, anggaplah ini ilmu pengguna dan bagi mereka yang sudah tahu, anggaplah sebagai satu ingatan.



Lapan hak pengguna antaranya adalah:

1. Hak bagi memperoleh kemudahan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan dan lain-lain.

2. Hak memperoleh keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak memperoleh maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat bagi memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak membuat pilihan

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hak bersuara

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian bagi pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang 'mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Memperoleh pendidikan mengenai penggunaan

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

5.4.07


Ciri-ciri sahabat yang dicari

Pada suatu hari, Al-Qamah memanggil anak lelakinya dan berkata, “Wahai anakku! Sekiranya kamu hendak menjalin persahabatan dengan seseorang itu, hendaklah kamu memilih sahabat itu berdasarkan ciri-ciri ini.

1. Sekiranya kamu membuat bakti kepadanya, ia akan melindungi kamu.

2. Sekiranya kamu rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan kamu itu.

3. Sekiranya kamu memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantu kamu.

4. Sekiranya kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

5. Sekiranya dia mendapat sesuatu kebajikan atau bantuan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Sekiranya dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Sekiranya kamu meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Sekiranya kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Sekiranya datang sesuatu bencana menimpa diri kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Sekiranya kamu berkata kepadanya, pasti dia akan membenarkan kamu.

11. Sekiranya kamu merancangkan sesuatu, pasti dia akan membantu kamu.

12. Sekiranya kamu berdua berselisih faham, pasti dia lebih senang mengalah bagi menjaga kepentingan persahabatan.

3.4.07


Ulat buku dan Hantu buku


Saya ini boleh dikatakan ulat buku dan juga hantu buku. Mengapa? Sejak dari kecil minat membaca buku walaupun ketika itu tidak mampu memiliki buku. Tetapi yang menjadi mangsa adalah perpustakaan sekolah. Buku-buku di perpustakaan menjadi mangsa ulat buku ini. Hampir semua isi perpustakaan itu diterokai. Dan habit itu menjadi sehinggalah dewasa (sudah dewasa rupanya saya dan juga sudah bergelar isteri!)

Namun begitu, minat membaca tidak luntur walaupun sudah punya rumah dan ada tangga (mana ada tangga dalam rumah) dan kini menjadi hantu buku pula. Habis segala jenis buku dibeli (yang bermutu sahaja, yang humor dan isi tidak ada, tidak menjadi pilihan utama) dan segala majalah juga diborong sebagai koleksi bagi mini perpustakaan di rumah.


Minat membaca ini turut dikongsi dengan buah hati saya (pak welah yang merangkap suami) dan kami sering mengumpul minat masing-masing. Dan perjuangan budaya membaca saya sebarkan juga di kalangan ahli keluarga termasuklah anak-anak buah yang semakin meningkat remaja.


Apabila tiba hari jadi mereka, tiada hadiah lain yang diberi melainkan buku. Mungkin mereka tidak seronok menerima hadiah buku (hadiah yang tidak glamour) tetapi dengan muka selamba saya tetap berikan hadiah buku. Walau pun mereka bersungut,


"Tiada ada hadiah yang canggih dan anggun?"


"Itulah hadiah canggih dan anggun. Dalam buku itu banyak yang canggih dan anggun yang kamu tidak dapat dimana-mana."


Mereka menggaruk kepala yang tidak gatal ataupun memang banyak kelemumur. Akhirnya mereka terpaksa membaca apabila saya berjanji hendak tanya apa yang ditulis dalam buku itu. (kiranya mak cik mereka ini garang juga tetapi lembut)


Akhirnya, mereka juga menjadi ulat buku dan hantu buku seperti saya. (Senyum bangga dapat didik anak buah cintakan ilmu dan cintakan buku)



Mengaku sebelum menjadi penulis

Sudah lama tidak bertemu dengan kawan lama. Dalam satu pertemuan yang diatur, kami pun bertemulah di suatu tempat yang ditetapkan. Kawan saya itu teruja bertemu dengan saya. Maklumlah kamii tidak bertemu sejak habis belajar dan mula sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Dia asyik dan seronok bercerita kenangan lama dan yang terkini. Saya hanya mendengar dengan setia. Dan memang sifat saya suka mendengar dari banyak bercakap. Tetapi bila sudah diberi peluang bercakap, tidak berhenti hendak bercakap (itulah kekurangan diri yang perlu dibaiki).

"Kenal tak dengan budak itu?" dia menunjuk ke arah seorang perempuan yang sedang berlalu di hadapan kami. Ketika itu, saya sedang menyuap nasi ke mulut dan mengalih pandangan dari ke pinggan ke wajah perempuan yang ditunjuknya. Saya menggeleng kepala.

"Kenapa dengan perempuan itu?" tanya saya dengan mulut yang penuh dengan makanan. Nasib baiklah tidak tersembur keluar. Kalau tidak, jatuh status sebagai wanita yang selembut bicara.

"Eksyen!"

"Mengapa dia eksyen?" soal saya balik sambil mengambil gelas yang berisikan air limau ais. Tersedak mendengar kata-kata kawan saya itu.

"Apakah kamu kenal dengannnya?" soal saya setelah rasa sedak saya semakin berkurangan.

" Tidaklah kenal sangat. Tetapi saya hadir dalam satu kursus dan saya hadir sebagai pelapor (wartawan). "

Saya setia mendengar cerita kawan sambil mengunyah nasi yang masih berbaki di dalam mulut. Saya memandangnya dan melihat wajahnya yang kelat.

"Belum apa-apa sudah mengaku penulis. Saya yang jadi wartawan habis berbelas tahun masih lagi tidak mengaku wartawan. Kerana itu semua tidak penting, yang pentingnya tulisan yang beribu tajuk, tidak saya hiraukan."

"Habis tu kenapa?" keluar pula soalan tidak bijak dari mulut saya.

"Buku belum keluar sudah mengaku penulis. Seorang penulis tidak semudah itu mengaku dirinya penulis. Seorang penulis adalah seorang yang rendah diri, sedia belajar, sedia ditegur, sedia berkongsi maklumat, peka dengan sekeliling. Bagi aku selagi karyanya belum keluar dan diedar, janganlah mengaku penulis pula."

"Lihat penulis yang hebat di negara kita. Ada mereka gembar-gemburkan diri mereka itu penulis. Ada kalanya kita sendiri tidak kenal mereka, tetapi karya hebat mereka kita baca dan membanggakan. Itu baru orang kata penulis."

Saya hanya tersenyum dan mengangguk kecil dengan penerangan percuma dari kawan saya itu. Mungkin benar apa katanya, atau apakah pandangan saudara?