25.1.07

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung baru ke blog ini, saya ucapkan selamat berkenalan. Sebagai blog baru, masih lagi mencari bahan-bahan yang sesuai dipaparkan bagi berkongsi bersama dengan anda. Saya berusaha untuk mengisi pelbagai maklumat di sini sebagai satu perkongsian maklumat.

Selembut bicara seorang wanita yang ingin menyatakan hasrat hati seorang wanita. Lembut wanita bukan bererti lemah. Lembut bicara bukan bererti penakut. Lembut bicara yang berintikan kebenaran adalah lambang ketegasan wanita yang lemah lembut. Lembut bicara seorang wanita, mengandungi keinsafan. Lembut seorang wanita ingin mencari dan menambah ilmu sebagai bekalan hidup.