7.12.10



Sambungan...

Berpada-padalah Layari Muka Buku

Saya tidak menjawab pertanyaan kawan-kawan dengan segera. Sengaja saya hirup jus oren yang enak. Saya lihat wajah kawan-kawan yang tidak sabar.

“Apa faedahnya kita berkenalan dengan orang yang kita belum pasti latar belakangnya. Kalau dibuatnya orang itu saja-saja hendak mainkan kita bagaimana? Awak hendak berkongsikah maklumat peribadi dengan orang yang awak tidak pasti.

Kita ini mesti jaga adab sebagai seorang wanita Islam atau muslimah. Apa tujuan kita bermuka buku? Suka-suka, hendak cari kawan, hendak hilang rasa sunyi, hendak menjejak kasih, menimba ilmu atau apa? Jangan asyik ber muka buku hingga lupakan tanggungjawab dan batas-batas Islam. Ingat, Allah sentiasa melihat apa yang kita buat dan jangan lupa malaikat kiri dan kanan yang sentiasa mencatat setiap saat.”


Masing-masing terlongo mendengar aku berceloteh sebaik sahaja aku menghabiskan minuman dan juga rojak yang tersisa di pinggan. Aku malas untuk bercakap lagi. Mereka mendesak lagi tapi aku buat tidak tahu. Aku rasa mereka sudah pandai berfikir.

Bagi yang sudah berkahwin..berpada-padalah bila menghadap muka buku. Macam-macam yang aku dengar. Bagi yang bujang bertemu jodoh di fb, tahniah aku ucapkan. Bagi yang gatal mencari pasangan walaupun sudah beristeri, ingatlah dosa dan pahala. Apatah lagi bagi yang kesunyian, tidak memperdulikan batas-batas Islam, redah sahaja melayan suami atau isteri orang lain. Bagi yang anak-anaknya yang sudah pandai bermuka buku, perhatikanlah..bimbang tersasar pula. Dalam apa tindakan kita hendaklah berpada-pada.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,saya baru murid darjah 4.nama saya sophea munira.saya minat akan buku awak.tapi,saya baharu ada satu buku awak.tajuknya 'cuti sekolah'.saya ingin menjadi peulis novel seperti awak.terima kasih.

syimasyawal said...

muka buku? hehehehehe biasalah mereka ini ingat dengan mendapat teman lain terutama lelaki kesunyian itu akan hilang hakikatnya masih tidak lagi, malah mengundang masalah pulak... ubat kesunyian paling mujarab hanya mendekatkan diri dengan Allah sahaja.... hmm ntahlah lain orang lain pulak pendapatnya... tapi pada saya itulah sebaik2nya

v said...

saya suka buku kerana idea yang ditonjolkan oleh anda adalah segar dan menggembirakan.