22.3.07

Musim Hujan

Musim hujan kini tidak menentu. Itulah dia perancangan Allah terhadap alam ciptaannya. Tiada siapa yang boleh menyangkal akan kekuasaannya. Kita ini sebagai makhluknya haruslah patuh dan taat dengan ketetapannya.

Hujan yang lebat mengakibatkan banjir dan tanah runtuh. Tidak sangka, tanah runtuh di Putrajaya. Itulah kuasa Tuhan! Kita hendaklah jadikan itu sebagai satu peringatan kepada diri yang sentiasa alpa akan amanah yang diberikan.

Jika mangsa banjir terpaksa duduk sementara di balai-balai raya, mangsa tanah runtuh juga begitu. Walaupun rumah mereka tidak mengalami kenaikan air tetapi keruntuhan tanah di tebing. Mengapakah ia begitu? Renungkanlah!

2 comments:

Abang Long said...

Salam Hormat buat Puan.
Yang penting kita beringat dan bersiap sedia, serta berdo'a dan berusaha menghapuskan maksiat. Jangan takbur menyatakan "kita telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan !". Kerana janji Allah itu PASTI. Terima Kasih kerana mengingatkan.

saridahamid said...

Dalam keadaan dunia akhir zaman ini macam-macam boleh berlaku. Sekiranya di negara jiran mengalami gempa bumi, kita pula dilanda banjir dan tanah runtuh. Semoga kita dilindungi Allah dari segala bencana dan sentiasa berada dalam kasih sayang-Nya.