18.2.07

Batas bicara

Dalam era globalisasi ini memungkin semua golongan masyarakat memahirkan diri dengan dunia IT. Ini termasuklah golongan profesional dan mempunyai kerjaya dahulunya bergantung kepada komputer dan buku-buku rujukan, kini juga menyemak maklumat di internet. Golongan pelajar juga tidak ketinggalan. Termasuklah juga golongan wanita yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Mereka menghabiskan masa senggang dengan melayari internet yang menghidangkan pelbagai maklumat.

Tidak hairanlah, pengguna internet yang dari pelbagai latar belakang melayari internet bagi mencari maklumat mahupun kepuasan ataupun menjalin hubungan dengan orang yang dikenali. Ini semua satu perkembangan positif. Maklumat seantero dunia mudah diperoleh hanya terletak di hujung jari sahaja.

Namun begitu, bagi mereka yang sudah jelas berkeluarga dan beranak pinak, harus membataskan diri dalam melayari dunia tanpa sempadan ini. Keasyikkan melihat skrin yang memaparkan berbagai perkara, membuat kita lupa dengan tanggungjawab yang sepatutnya didahulukan. Ini terjadi apabila, kita tidak pandai membahagikan masa antara tanggungjawab dan juga masa senggang atau pun hobi. Mana yang harus didahulukan?

Sebagai seorang Islam dan juga wanita yang bersuami, harus mendahulukan tanggungjawabnya kepada suami dan anak-anak. Jangan disebabkan keasyikan kita berbual dengan orang yang tidak dikenali dalam ruang siber, kita lupa dengan amanah yang patut kita laksanakan. Tanpa kita sedari, kita sudah melakukan satu dosa kerana menduakan suami dan menipu keluarga kita.

Meskipun itu hanya sekadar bualan dalam bentuk tulisan dalam ruang siber, sedikit sebanyak ia melibatkan mainan perasaan. Apatah lagi, jika bualan disertai dengan 'kemesraan' yang dibina dan dibentuk secara tidak sengaja sehingga membibitkan 'kemesraan' melampau. Ini harus dijauhkan. Ingat yang kita ini ada amanah yang perlu dijaga. Allah itu maha melihat.

Lainlah, apabila kita ini masih bujang dan sedang mencari pasangan. Seperti seorang kawan yang sehingga kini masih bujang. Satu cadangan diberikan kepadanya, supaya rajin-rajinlah layari internet, mungkin dari situ dapat ramai kenalan dan mungkin calon pasangannya! Manalah tahu, jodoh itu Allah tentukan, kita yang perlu berusaha. Tapi itu bagi orang bujang. Bagi yang sudah berkeluarga, lupakan saja hendak bermesra dengan orang yang bukan mahram. Ingat itu dosa! Allah sahaja yang mengetahui!

2 comments:

Abang Long said...

Salam hormat buat Puan.
Saya sangat bersetuju dengan N3 ini. Tepat kearah sasaran, maksud saya betul - betul ditujukan kepada saya. Ya, saya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Walaupun saya seorang lelaki, namun n3 ini boleh dibuat rujukan. Namun saya merasakan satu tanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu yang berharga buat semua. Ya, n3 didalam Blog saya - tiada rahsia. Namun saya tetap perlu membataskan "perhubungan". TERIMA KASIH.

saridahamid said...

Abang Long,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi terataq saya ini. Saya menulis sekadar ingin memperingatkan diri saya dan kawan-kawan yang lain. Minta maafkan sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan abang long. Adakalanya, kita sebagai manusia yang tidak sempurna perlu saling nasihat menasihati dan inilah cara saya menasihati melalui tulisan. Itu sahaja cara yang saya mampu lakukan. Dengan berkata dengan lisan tidak mampu. Masih tidak kuat imannya.

Saya akui, melalui bloglah kita boleh menyampaikan ilmu dan peringatan kepada orang lain. Namun begitu, batas-batas Islam harus dipatuhi. Itulah adalah pesanan bagi diri saya yang masih dhaif ini.