4.9.07


10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga


Alhamdulillah, ini adalah buku yang ketiga saya bersama dengan PTS Islamika. Rasa terharu dengan kehadiran buku ini yang saya tujukan kepada para remaja yang dahagakan sejarah perjalanan hidup sahabat Nabi Muhammad sallahualaihissalam. Diharapkan buku ini menjadi tatapan pembaca dalam bulan Ramadan yang akan menjelma dalam beberapa hari sahaja. Jadikanlah buku ini koleksi saudara dan saudari yang dihormati dan juga boleh dijadikan hadiah kepada anak-anak, anak saudara, sahabat handai dan juga untuk sesiapa sahaja semoga ilmu dapat disampaikan secara berterusan.

4 comments:

Latiptalib said...

Tahniah dengan keluaran buku terbaru. Saya nak baca buku ini. Mesti bagus.

Dah beli majalah MPH Quill yang baru? Ada gambar Saridah.

saridahamid said...

Terima kasih Pak Latip kerana memberi sokongan. Buku itu akan keluar pada minggu pertama puasa Ramadan, insya Allah.

Saya sudah beli majalah itu. Ingatkan bolehlah mendapat percuma tetapi kena bayar juga dengan harga RM6. Rasa tidak puas hati kerana nama ditulis dengan tidak tepat. Emmm kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana kecuaian editor yang disengajakan.

mki said...

Tentu menarik buku ini. Tahniah!

saridahamid said...

Terima kasih,MKI.