20.9.07

Takziah untuk keluarga arwah Nurin
Akhirnya jawapan kepadan mayat kanak-kanak yang dibunuh secara kejam dan kemudiannya disumbat ke dalam beg pakaian, terungkai. Hasil DNA bapanya dengan mangsa yang dibunuh dikenalpasti sepadan dan maklumat sains tidak menipu manusia.
Namun begitu, timbul persoalan, mengapakah ahli keluarganya tidak mengenal simangsa sedangkan simangsa dikatakan mempunyai tanda kelahiran di pehanya? Apakah ibu bapanya tidak mengetahui tanda kelahiran anaknya? Ataupun mereka tidak dapat menerima hakikat sebenar yang anak mereka sudah meninggal dunia? Tidak adakah perasaan gerakan hati seorang ayah atau ibu apabila diminta mengecam mayat itu? Bijak tindakan pihak polis forensik apabila meminta bapanya menjalani DNA. Sesungguhnya kuasa Allah itu maha besar lagi maha mengetahui.
Di sini, bukanlah hendak menyalahkan pihak keluarga atau orang lain, tetapi sebagai seorang ibu atau ayah yang rapat dengan anaknya, sudah tentu dia mengenali anaknya dengan lebih baik. Dimana kecacatan, tanda lahir, dan sebagainya yang boleh mengenali indentiti kanak-kanak itu. Sungguh menghairankan. Dan setelah polis membuat kenyataan yang itu adalah anak mereka yang hilang, masih lagi mempertikaikannya? Kita sebagai seorang Islam harus menerima takdir yang sudah ditetapkan. Banyakan berdoa untuk sianak yang sudah menjadi arwah dengan kematian yang sungguh menyedihkan. Satu kejadian yang tragis. Sungguh memilukan hati sesiapa yang melihatnya.
Kasihan! Budak kecil yang tidak berdosa dan menanggung kesakitan fizikal, diseksa begitu teruk. Memang manusia itu bukan manusia tetapi lebih teruk dari binatang yang bernama buaya atau singa. Budak yang tidak mampu melawan dijadikan sebagai mangsa.
Oleh itu, kita perlu menganggap itu adalah satu iktibar. Bagi yang mempunyai anak-anak, jangan sekali-kali mengabaikan walau sekelip mata. Kelalaian boleh mengundang bencana. Asuh, didik, perhati, jaga dan prihatin dengan tingkah laku anak-anak. Beringatlah sebelum terkena.
Al-Fatihah untuk Arwah adik Nurin....al Fatihah!

1 comment:

de_kerinchi said...

salam saridahhamid,

Ibubapanya, tidak dapat menerima kenyataan.....sedangkan kita pun rasa terharu inikan pula ibu bapanya...Teringat kes kematian Along dulu, yang bapa nya bermatian mengatakan anak nya hidup akhir nya terpaksa akur akan ketentuan ilahi...

Al-fatihah kepada Nurin jazlin