9.8.07

Lima Belas Maksiat yang Menurunkan Bala

Banyak maksiat orang lakukan
Bala kan turun sebagai siksaan
Angin yang merah Allah tiupkan
Gempa yang dahsyat dan menggegarkan

1. Harta negara jadi habuan
Bagi siap pegang jawatan
2. Pecah amanah jadi amalan
Wang amanah diniagakan
3. Jadilah zakat laksana hutang
4. Kehendak isteri tidak dihalang
5. Anak derhaka tidak terbilang
6. Kawan dibakti, ibu dibuang
7. Suruhan ayah suka ditinggal
8. Di dalam masjid suka berbual
9. Orang yang hina suka ditabal
10. Orang dimulia kerana nakal
11. Arak diminum tiada sopan
12. Kain sutera jadi pakaian
13. Para artis jadi pujaan
14. Muzik yang haram jadi hiburan
15. Sudahlah diri teruk sekali
Kenapa pula orang dicaci
Sahabat Nabi suka dimaki
Itu perangai orang yang keji

Petikan: Syair Wasiat di Akhir Zaman
Buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman
Susunan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki.


3 comments:

Latiptalib said...

Kesemua maksiat itu sedang berleluasa sekarang. Kerana itu banyak turun bala.

saridahamid said...

Pak Latip, maka dengan itu, sama-samalah kita banyakkan amalan yang menjadi bekalan di sana.

de_kerinchi said...

Salam saridahamid,

Masalahnya kepimpinan sekarang lebih utamakan pendapat sendiri tanpa merujuk dan mengambil kira pandangan ulama, kalau ada pun pandangan ulama dipandang sebelah mata, kalau ia berkaitan kepentingan diri sendiri.