Memulakan kehidupan baru di kampung suatu cabaran bagi Aisyah.
Novel Terbaru
Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perbezaan wajah dan warna kulit dengan keluarganya. Sejak kecil, ibu bapanya mengasuh dia dan adik-beradik dengan didikan sempurna bagi bekalan dunia dan akhirat disamping menjadi muslimah sejati. Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yang terkenal di fakultinya. Teringatkan pesanan ibu yang menghalang dia berkasih ketika sedang belajar. Nurin Hannah akur dengan ingatan itu. Tetapi mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yang meronta? Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuatkan gadis itu dalam dilema. Benarkah dia hanya anak angkat Abdulah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yang dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? Siapakah dia sebenarnya? ISBN 13 978-983-3604-19-7. Harga: RM24.00/Sabah/Sarawak RM27.00
Buku yang Terbit di Indonesia
Buku yang Terbit di Indonesia
Blurb
“Nabi Muhammad, Abu Bakar dan bapamu sendiri ibarat tiga musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama, sudah sampai ke tempat yang dituju. Musafir kedua juga sama. Musafir ketiga masih dalam perjalanan. Apabila saya tidak menempuhi laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu, sudah tentu saya tidak sampai ke tempat mereka.” (Umar bin Khattab) Harga: RM 12.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak). ISBN: ISBN 983-192-318-9. Barcode: 9789831923184. Jumlah Halaman: 116 halaman
Blurp
Tahukah kita siapa nabi yang dapat bercakap dengan haiwan? Kenalkah kita nabi yang mendapat anaksemasa umurnya hampir satu abad? Siapakah nabi yang paling tampan pada zamannya? Semua jawapan boleh didapati daripada buku ini. Memuatkan himpunan 31 kisah utusan Tuhan daripada Adam hingga Muhammad. Mencakupi pelbagai tema seperti sentiasa membantu orang lain, sabar, sanggup berkorban dan sentiasa mengajak berbuat baik. Sesuai dibaca oleh para remaja lelaki dan perempuan. Ditulis dalam bahasa mudah dan santai berserta ilustrasi. ISBN-13: 978-983-192-259-0 Harga: RM12.00 (SM) RM15.00 (S/S)
Blurb
Lembut bukan bererti lemah. Tangisan bukan bererti kalah. Impian menjadi setulus Khadijah, sesuci Aishah, setegar Asiah. Mereka adalah sumber inspirasi wanita hari ini. Buku ini memuatkan himpunan 52 kisah benar daripada pelbagai zaman. Ditulis dalam bentuk santai dan mudah difahami. Harga: RM 17.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak) SBN: ISBN 983-192-138-0 Barcode: 9789831921388 Jumlah Halaman: 176 halaman
"Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara copy and paste atau cara lain sebelum mendapat izin dari tuan punya blog, Ku InginBicara."
0 ulasan:
Post a Comment