25.11.07


Wajah Baru Bahtera Nabi Nuh


Kulit buku ulang cetak buku 'Bahtera Nabi Nuh dan kisah-kisah lain" tidak banyak berubah. Hanya sedikit sahaja yang diubah iaitu di bahagian atas sahaja. Buku ini akan ada di pasaran tidak berapa lama lagi. Sesiapa yang selama ini mencari di kedai-kedai buku tetapi tidak bersua dengan buku itu, insya-Allah bakal teratur di rak buku nanti.



Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi membeli dan membaca buku kecil saya itu. Semoga isu buku itu dapat dimanfaatkan oleh kita bersama. Belilah buku itu dan hadiahkan kepada sesiapa sebagai 'halwa' hati dan akal. Sesuai untuk semua peringkat umur sebagai ilmu dan peringatan.

2 comments:

Abang Long said...

Boleh dibuat koleksi.... Apakhabar ?

saridahamid said...

abang long,

terima kasih kerana berkunjung ke sini. alhamdulillah sihat. memang buku ini sesuai dibuat koleksi kerana isinya tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. sesuai sepanjang zaman.