14.11.07


Akhirnya, perjuangan itu berbaloi!



Hari ini saya ke pejabat PTS bagi menghabiskan kerja-kerja sebagai freelance (maksudnya buat kerja secara bebas tanpa terikat, ada kerja ada gaji. Tak ada kerja, gigit jari sambil garuk kepala). Setelah mengharung kesesakan dalam lrt Star dan lrt Putra, dan kemudiannya menaiki bas, akhirnya sampai juga ke pejabat PTS. Sebaik sahaja sampai di pejabat (hari ini terpaksa pergi sendiri, sebabnya suami masih berkursus. Bukan tidak biasa berdikari, tapi mengada-ngada) terasa badan lenguh-lenguh dek berat membawa laptop seberat lima kilo bersama dengan sekaki payung (sediakan payung sebelum hujan). Tapi sebaik jumpa kawan PTS hilang dengan segera lenguh-lenguh sendi bahu dan kaki. Itulah dia terapi emosi namanya bila berjumpa dengan orang yang sudah lama tidak ketemu (maaflah, macam merapu pula).

Dengan perut yang tersangatlah laparnya, mengajak kawan-kawan membeli sama sarapan pagi. Seorang kawan memberitahu, "Sifu datang pagi ini." Saya berbisik dalam hati (tak ada orang yang dengar kecuali Allah) alamak! nanti sifu mesti tanya projek terbaru aku sudah siap atau belum. Tapi, saya buat biasa je. Sudah lama tidak bertemu dengan sifu. Kiranya, hari itu rezeki saya bertemu denganya setelah hampir dua bulan tidak ke pejabat PTS.

Ada berita baik dan juga tidak kurangnya yang tidak baik. Tetapi, orang tua-tua kata, berita baik patut disampaikan dahulu. Alhamdulillah! Dua buku saya akan dilesenkan di Indonesia melalui syarikat penerbitan gergasi iaitu Gramedia. Terima kasih kepada Saudari Firdaus, Editor Pengurusan PTS Islamika yang menyampaikan berita terkini yang menggembirakan. Menurutnya, berita itu sudah lama diketahui tapi tidak berkesempatan menyampaikan kerana sebab-sebab kesibukan yang amat sangat. Juga dengan beberapa tragedi November yang tidak boleh dielakkan. Biarlah antara saya dan dia yang tahu serta Allah SWT. Kiranya, berita yang disampaikan itu, ditambah dengan berita hari Isnin, kiranya kegembiraan berkali ganda!Alhamdulillah! Hilang terus rasa letih tapi selera makan langsung tak ada...asyik minum air saja!

Berita yang tidak baik..lain kalilah saya coretkan. Nanti hilang mood saya yang dalam emosi ceria dan bahagia meskipun suami tiada di sisi. Tapi saya berkongsi gembira melalui telefon dengan suami. Suara cerianya memberikan semangat kepada saya untuk terus ligat menghasilkan manuskrip yang tertangguh! Pasti saya boleh lakukannya!

7 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahniah! Tahhiah! Di atas pemilihan buku-buku ke Indonesia. Dua buku pula tu! Alhamdulillah...

Tuah ayam nampak di kaki...

Tuah orang?

Teruskan menulis, ya?

Latiptalib said...

Tahniah dengan kejayaan ini. Semoga menyemarakan lagi semangat untuk terus menghasilkan karya.

saridahamid said...

Prof. Umi Kathum Ngah,

Terima kasih. Insya Allah, saya akan jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

Pak Latip,

Terima kasih. Semangat semakin naik untuk terus berkarya.

de_kerinchi said...

salam kak saridah,

saya memang dah lama bercita-cita hendak menulis buku...tapi hanya tinggal anganan.. pasal buat sekerat jalan...hihihi

yang pasti kerja ni pasti dibuat oleh orang yang punya minat..kan..macam akak saridah...

apapun tahniah dan goodluck....

mohamadkholid said...

tahniah! maaf terlupa wajah ketika menghadiri kogres sebudaya serumpun tempohari. apa pun kini saya melihat pasaran untuk buku melayu begitu terbuka - gelombang biru kepada penutur bahasa yang keempat tertinggi di dunia...

The King Of Chess Master said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahniah dengan kejayaan ini. Semoga menyemarakan lagi semangat untuk terus menghasilkan karya. tajuk buku 10Sahabat Yang Dijanjikan Syurga sebagai koleksi saya dan buku tersebut saya jadikan rujukan sepanjang masa... Tahniah..

saridahamid said...

salam de_kerinchi,

teruskan niat sdr. menulis itu. pupuklah perlahan insya-Allah nanti menjadi sebuah buku. terima kasih kerana berkunjung ke sini.

mohamadkholid,

biasalah saya ini tak glamer jadi kurang perasan pun tak apa. moga-moga buku Melayu semakin mekar di negara serumpun.

the king of chess master,

terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. terima kasih kerana menjadikan buku 10 sahabat dijamin syurga sebagai koleksi sdr.