25.3.09

Kasihan Penulis kita

Bulan lalu, ada satu jualan murah buku di Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama MPH Book Store. Aku telah dijemput untuk memeriahkan lagi satu program bual bicara bersama dengan penulis yang lain.

Meskipun ruang legar yang dijadikan sebagai pameran buku tidak luas tetapi tetap meriah. Sebaik sahaja aku habis dijamu selera tengahari itu, aku pun mengajak suami melihat beberapa gerai yang ada di sekitar kawasan luar PNM itu. Selain MPH, ada juga beberapa gerai dari penerbit lain seperti Dawama.

Seperti yang aku jangkakan, syarikat itu mesti ada menjual buku yang murah semurah RM1/-. Sebelum ini, sekiranya aku berkunjung di kedai buku DBP, maka buku-buku lama memang menjadi sasaran aku untuk membelinya.

Tetapi kali ini, buku yang dilelong begitu banyak judul yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Maka memandangkan aku datang bersama suami, maka aku tiada masalah untuk memborongnya. Kereta yang akan mengangkut buku itu, bukan seperti selalu aku yang usung buku naik lrt turun lrt.

Pilih punya pilih, termasuk suami aku juga berperanan memilih, bila mengiranya , semuanya berjumlah 33 buah buku. Wow! Hanya dengan harga RM33, mendapat 33 buah buku. Dan tajuk-tajuk yang dipilih, hebat-hebat belaka.

Kasihan penulis-penulis terkenal di negara kita...bukunya terpaksa dilelong, itu kata sipenjual kerana kalau tidak berlonggok di dalam stor!

Berikut antara judul buku yang sempat ditaip:

1. Batas-batas Perhitungan ; Norhisham Mustapha
2. Denyut Nadi; Ali Jusoh
3. Lepaskan Kembali Aku ke Laut ; Shaari Isa
4. Nukilan Hati ;Solveigvon Schoultz Antologi cerpen Finland
5. Ketipung Bunga Jambu
6. Yang Indah Belum Menjelma Lagi ; Ayi Kwei Armal
7. Jalinan (Kumpulan Esei)
8. Sayembara-Esso-Gapena: Malaysian Short Stories
9. Tragedi Lubuk Mandi -Mohamad Jusoh
10. Syed Syeikh al Hadi: Sasterawan Progresif Melayu; Talib Samat
11. Dan Fikirkan Sejenak
12.Hikayat Purasara ; Khalid M Hussain
13. Untuk Siapa Genta Bergema ; Ernest Hemingway
14.Kabilah Adnan; Abu Hamid Jandal al Shalihar
15. Autobiografi Seorang Wartawan dari Kodiang Ke Jalan Riong; Tajuddin Saman
16. Riak dan Gelombang Sastera Melayu; Ramli Isin
17. Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja; Talib Samat
18. Sastera: Pengalaman Ilmu Imaginasi dan kitarannya; Shahnon Ahmad
19. Kesusasteraan Bandingan seabgai Satu Displin
20 Pengenalan Kritikan Sastera ; M.K. Danziger/W/S Johnson
21. Organisasi Yang Membantu Dunia; Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ; Michael Pllard
22. Persediaan Menulis Esei Sastera ; Rahman Shaari
23. Istilah Psikologi
24.Aisyah Ghani Memoir Seorang Pejuang

2 comments:

dianz said...

mungkin patut direnungkan juga satu pertanyaan ini:
cukup baguskah karya2 mereka sehingga terpaksa dijual murah?

jadi bahan introspeksi buat para penulis semua :)

saridahamid said...

Sdri. Dianz,

Karya mereka memang bagus tapi masyarakat di sini yang tidak menghargainya. Budaya membaca belum lagi sebati dengan jiwa mereka. Maka karya seperti itu tidak dipedulikan. Tapi karya picisan, memang digemari. Itulah nasib penulis di Malaysia. Buku banyak tetapi tiada siapa yang hendak membeli dan membacanya. Dan kini sastera semakin dilupakan.