18.1.08


Sungguh menguji minda dan emosi


Hari Jumaat. Begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik sudah tiba ke hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang dianjurkan kita umat Islam banyakkan beristighfar dan juga selawat ke atas Nabi Muhammad s.aw.


Apakah yang aku sudah lakukan dalam seminggu? Kerja-kerja penulisanku masih lagi tertangguh. Minta maaflah kepada sahabat yang sudah lama menunggu manuskrip masuk. Tetapi, penulisanku kali ini sungguh mencabar minda dan emosi. Penulisan fiksyen yang perlukan juga kajian dari segi fakta dan maklumat. Perlu juga dirasai dari segi emosi watak yang dipaparkan itu. Semuanya itu menguji diriku yang cuba untuk menghasilkan karya fiksyen yang pertama.


Kali ini kesukaran itu meraja di hatiku. Rasanya aku lebih cekap dalam menulis non-fiksyen. Lebih cepat dan pantas menghasilkannya. Entahlah! Ada orang kata, tulis fiksyen lebih mudah. Sebabnya mudah direka, mudah dicipta, mudah dikembangkan episod-episodnya. Bagi aku pula, sungguh meletihkan. Letih dari segi minda dan emosi. Adakah ini perasaan seorang penulis yang menghasilkan novel? Lebih-lebih lagi macam aku cuba menghasilkan novel yang ringan tapi berat. Macam mana tu? Itulah yang memeningkan kepalaku sendiri! Aku sendiri masih tidak yakin dengan tulisanku kali ini. Macam 50-50. Bolehkah aku menjadi penulis novel?


Tapi keseronokan itu mula terasa. Jari-jemari mula tidak sabar hendak menamatkan cerita yang aku reka sendiri. Tunggulah! Sahabat-sahabat, doakan aku berjaya menghasilkan karya sulung ini! Amin!!!

2 comments:

dianz said...

Saya tunggu karya fiksi bu sarida :D.
buku yg diterbitkan oleh gramedia itu, dah ada di pasaran blum ya..?!

saridahamid said...

Sar Dianz,

Terima kasih kerana memberi sokongan. Buku yang bakal diterbit oleh Gramedia itu, nanti saya akan maklumkan bila ada beritanya dari sana.