9.10.07

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita semua. Begitu pantas masa berlalu. Seolah-olah baru semalam berpuasa pada hari pertama. Rasanya kenikmatan Ramadan belum puas diraih. Sebagai insan yang lemah, banyak kelemahan dalam bulan Ramadan. Mengejar ganjaran pahala sebaik mungkin, tetapi adakah amalan itu sudah diterima Allah? Semoga Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang perkenankan amalan yang tidak seberapa ini. Amin...
Kini, menjelang bulan Syawal. Bulan kemenangan setelah berpuasa menghadapi segala cabaran dalam Ramadan. Namun, kemenangan itu hendaklah dilakukan sebaik mungkin dengan amalan yang berfaedah. Bulan ini jugalah mengikut tradisi orang Melayu, berkumpul adik beradik dan sanak saudara di kampung. Bulan ini juga dianjurkan saling maaf bermaafan antara satu sama lain. Bermaafan dengan penuh keikhlasan. Penuh kasih sayang dan kemesraan.
Saya memohon maaf sekiranya sepanjang apa yang dicatatkan dalam blog ini menyinggung hati pembaca. Kepada semua pengunjung blog ini saya, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tidak seberapa.
Kepada semua petugas PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd yang mengenali diri ini, sambutlah salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan selamat kembali bertugas semula di Kuala Lumpur.
Kepada sahabat-sahabat sama ada dari blog dan sahabat bengkel PTS, semoga gembira berhari raya bersama keluarga. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah yang maha pengasih.
Kepada sahabat-sahabat penulis, teruskan berkarya meskipun sibuk berhari raya. Teruskan perjuangan menyampaikan ilmu yang berguna. Itulah bekalan kita di sana. Selamat lebaran Aidil Fitri, semoga produktif menghasilkan manuskrip. Amin...
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

de_kerinchi said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk, memohon maaf zahir & batin, sekiranya terdapat bahasa dan tutur kata saya yang tidak menyenangkan saudari...

Semoga saudari dan keluarga dirahmati Allah s.w.t. dan bergembira di hari raya.

saridahamid said...

Sdr.de_kerinchi,

Salam Lebaran Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk terataq ini. Semoga sdr, juga dirahmati Allah.