5.2.08

Akhirnya, dan masa yang cemburu!

Akhirnya, dapat menghabiskan bait-bait terakhir manuskrip fiksyen. Alhamdulillah! Sepertii beban yang berat semakin ringan. Nafas pun sudah tidak semput lagi. Semoga usaha itu berbaloi. Editor yang menanti manuskrip itu tersenyum lebar. Tapi, keseronokan menulis fiksyen semakin terasa. Lepas ini, sudah terangka dalam minda jalan cerita untuk fiksyen yang kedua pula.

Atas kesibukan yang melampau dan juga kesihatan yang tidak mengizinkan, maka blog ini sudah lama diisikan dengan cerita baru. Dalam hati, ingin sekali setiap hari mengisi ruang-ruang kosong dalam blog ini. Macam-macam yang hendak ditulis dan dikongsi bersama. Pelbagai maklumat yang hendak dicatat tetapi apakan daya. Masa berlalu dengan pantas! Perkara semalam rasanya masih baru berlalu. Sehinggakan buku dan majalah yang dibeli untuk dijadikan sebagai penambah maklumat dalam minda ini, belum habis di baca.

"Rasanya, majalah ini baru je di beli. Belum habis baca, sudah beli edisi yang baru!" Mamak yang mendengar keluhan saya, ketawa kecil. Saya pun ketawa sama. Memang benar, majalah bulan lalu belum lagi habis dibaca, tapi majalah bulan ini sudah keluar. Kena beli juga...! Dan ada banyak buku baru yang dibeli, tapi saya tak ada kesempatan hendak membacanya! Masa sungguh cemburu kan saya atau saya yang tiada masa! Entahlah! Dunia terasa berputar dengan pantas. Dan kita tidak dapat mengejar masa yang bergerak laju!

2 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Wah! Tahniah! Saridah sudah mampu jadi novelis!

Apa agaknya tajuk karya fiksyen itu?

Tidak sabar pula menunggu! Bila dijangka terbit?

Wasalam

saridahamid said...

Wualaikummussalam, Prof. Dr. Umi, terima kasih. Terlalu awal untuk memperkatakannya. Novel saya mungkin biasa-biasa je! Tunggulah penerbitannya itupun jika lulus ujian dari PTS Milinea.